Sinopsis Cinta Elysa -Lestary TV3

Slot Lestary tv3 akan membawakan satu lagi drama hebat lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif a.k.a Botak Juvana, bertajuk Cinta Elysa. Drama ni diterbitkan oleh Suhan Movies dan ada 13 episod semuanya. Para pelakon lain dalam drama Cinta Elisa ialah Zila Bakarin dan  Ayam Juvana (Adam Shah). Watak Ayam atau nama sebenarnya Adam Shah ni jadi kawan sekampung kepada Botak  dalam drama ni. Botak masih membawakan watak samseng tapi hensem dan baik hati…hehe!! dan dia jatuh cinta pada Elysa. Nama dia bukan lagi Botak tapi Aril dlm drama ni ( dah terbiasa dgn nama Botak) . Nanti kita tengok cemana kisah Cinta Elisa ni ye, sbelum tu kita godek godek dulu sinopsis Cinta Elysa. Amat menarik sekali, kisah cinta antara Fasha dan Botak  ni hehe!!

Anda suka drama Cinta Elysa ? say thank you ( ads)

Episod akhir Cinta Elysa review

GAMBAR : Aksi Manja Johan dan Fasha Sandha

Cinta Elysa Slot Lestary tv3

Dalam sedutan video promo Cinta Elisa..

Aril;  ” kau dah tau aku samseng..lagi mau tanya..”

Elysa : “samseng tu samseng jugak..”


Sinopsis Cinta Elysa:

Gambar Fasha dan Botak tengah baca skrip

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.

Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).

Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.

Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari.

Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.

Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Menarik bukan kisah cinta antara Aril dan Elysa ni, adakah korang tak sabar nak tengok Botak Juvana berlakon dgn Fasha Sandha.

Fuhh..tengok gambar Fasha dan Botak ni macam ada chemistry je..boleh kot Botak ganti Ady Putra yg sebelum ni pasangan kesukaan Fasha.


Bila tayang?  13 September 2011,  Selasa.

SLOT LESTARY BARU – VANILLA  COKLAT ( Izara Aishah dan Iqram Dinzly)

Gambar  romantik Botak dan Fasha Sandha




Gambar dari drama Cinta Elysa :

Gambar credit to : suhan post


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold