Sinopsis Bunohan dan Trailer (Filem Aksi Yang Dinanti nanti)

Filem Bunohan arahan Dain Said akan ditayangkan dulu di Toronto, Amerika Utara kerana terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) pada 8 hingga 18hb September 2011. Kenapa Bunohan ni dipilih dan siapa pengarah Dain Said. Nama pengarah ni jarang disebut, mungkin orang seni je kenal Dain Said atau nama penuhnya Dain Iskandar Said. Adakah Bunohan ni sehebat KL Gangster atau lebih lagi?  Bunohan terpilih dalam kategori Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia. Bunohan satu satunya filem dari MALAYSIA yang akan ditayangkan di Toronto.

Bunohan ialah kisah 3 beradik dan seorang bapa yang hilang kasih sayang, kisah pengkhianatan sesama manusia, rasuah dan penipuan. Penonton akan disajikan dengan aksi aksi perlawanan yang hebat. Berlatar belakangkan dunia Tomoi yang penuh rasuah dan pertaruhan. Kisah bagaimana tiga beradik ni bertemu setelah berpisah, dan dalam usaha merapatkan ikatan kekeluargaan yang lama hilang, beransur ke arah keganasan dan pembuhuhan.

Asal Usul Tajuk Bunohan

Dain Said pernah arahkan filem Dukun, namun gagal ditayangkan di pawagam. Lepas tu beliau mencuba hasilkan sebuah karya bertajuk Bunga Lalang yang ditukarkan tajuk kepada Bunohan sempena nama kampung di Kelantan, di mana kisah tragik kasih sayang ni bermula.

Watak dan Pelakon Bunohan

Ilham : Faizal Hussein

Adil ( Bunga Lalang) : Zahiril Adzim

Bakar : Pekin Ibrahim

Deng : Bront Palare

Pok Wah : Namron

Pok Eng : Wan Hanafi Su

Jing : Jimmy Lor

Awang Sonar : Sofi Jikan

Mek Yah : supermodel Tengku Azura

Sinopsis Bunohan:

Bunohan mengenai kisah tragik kasih sayang 3 beradik dan bapa mereka yang semakin tua dan uzur. Kisah ni berlaku di sebuah kampung pedalaman di Kelantan nama Bunohan ( dekat Selatan Thailand) dekat sempadan Malaysia- Thailand. Tiga beradik tu ialah Ilham (lakonan Faizal Hussein) seorang pembunuh upahan, Ilham ni abang tiri kepada Adil dan Bakar. Adil (Bunga Lalang) lakonan Zahiril Adzim, seorang peninju Tomoi, dan seorang lagi Bakar ialah ahli perniagaan (lakonan Pekin Ibrahim). Setiap seorang dari mereka punya matlamat dan impian tersendiri. Mereka ni dah lama terpisah dan masing masing ada kisah sendiri.

Bagaimana 3 beradik ni bertemu?

Adil adik kepada Ilham terlibat dalam pertandingan tinju Tomoi yang penuh dgn pertaruhan wang, rasuah dan nyawa. Adil dan sahabatnya menjadi pelarian apabila diburu oleh penganjur tinju haram. Penganjur tinju tu telah mengupah Ilham ( Faizal Hussien) seorang pembunu upahan untuk memburu mereka berdua. Kiranya Ilham tak tau le dia sedang memburu adik tiri dia. Adil dan kawannya melarikan diri ke kampung halaman Adil iaitu di Bunohan. Ilham mengikut mereka sampai ke kampung halaman yang dah lama ditinggalkan. Ilham dah lama tak balik kampung asal, walaupun semasa ibu dia meninggal. Bila dia balik dia teringat kisah dia masa kecil, dia dilanda penyesalan dan kesedihan.

Kat sana lah Ilham bertemu kembali Adil, dan Bakar (saudara yg ketiga) jugak pulang ke kampung kerana nak menjaga bapa mereka yang uzur. Bakar ni baik dan nampak mcm anak soleh. Masa kat sekolah, Bakar ni kononnya disayangi oleh cikgu cikgu, anak yang pandai dan baik. Rupanya Bakar ada agenda sendiri nak menjadi ahli pernigaan yang berjaya dan tentunya dia pulang ke kampung ada sebab. Bakar sanggup buat apa saja demi mencari kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan. Bakar cuba meyakinkan bapanya yang uzur untuk menjual tanah kubur kepada syarikat pembinaan kerana dia tamak wang.

10 yang menarik dalam Bunohan:

1.Mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk tayangan di UK, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

2. Satu satunya filem yang mewakili Malaysia ke Toronto ( Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36)

3. Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain Said (pengarah) sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.

4. Bunohan diambil dari nama sebuah kampung di sempadan Thailand dekat Kelantan ( Tumpat), sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Dikenali dgn nama ” tanah jahat”.  Berlaku banyak pertelingkahan rakyat Thailand yang menyebabkan pembunuhan.

5. Ada berpendapat dulunya di zaman Jepun berlaku banyak pembunuh , jadi nama singkatan Bunohan.

6. Terdapat pepatah mengenai kampung Bunohan ” menghina seseorang dari kampung Bunohan adalah sama seperti menghina penduduk sekampung”.

7. Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi

8. Semua pelakon utama dalam cerita ni lelaki, hanya ada seorang wanita, iaitu model Tengku Azura sbg Mek Yah.

9. Lanskap yang menarik seperti hutan paya, laut dan pantai yang cantik sebagai latar belakang dalam filem ni.

10.Bunohan menjanjikan aksi aksi perlawan, pergaduhan yang realistik dan hebat.

Trailer Bunohan:

Faizal Hussein sebagai Ilham

Model Tengku Azura sebagai Mek Yah

Zahiril Adzim sbg Adil

Mampukan Bunohan lawan kutipan KL Gangster 12 juta?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Bunohan dan Trailer (Filem Aksi Yang Dinanti nanti)”

  1. akubiomed says:

    Wah ini betul-betul kejutan buah tangan dari Faizal Hussein. Kagum juga menonton trailernya
    akubiomed recently posted..Salam Aidilfitri kepada sahabat blogger

  2. APAN says:

    cam style gak citer ni… :)
    APAN recently posted..Berbuka Puasa Di Padang MPK 2, Kuantan

  3. Toxi says:

    Pekin ibrahim :)))) heee…sukanyaaaaa.

  4. Hanum says:

    Takde pun Pekin :( mesti best cite ni. Tgk skit pun dah best. Letak la pic Pekin …

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold