Resipi Roti John (buat sendiri)

Ahak..bulan bulan puasa nih, cerita pasal Roti John le pulak..haha..terliur sat lagi kot..dah le tengah hari ni..huhu!! Memang banyak jenis juadah di bazar ramadhan kalau kita pergi petang petang lepas balik keje, semua ada, cakap je nak apa. Roti John, roti kebab, murtabak…adusss!! Orang yang bekerja, tak sempat nak masak, beli je. Orang kata kuih tunjuk2 je..dah siapp. Kalau dalam rumah ada 2, 3 orang nak buat kuih setalam mana nak habis, nanti buat membazir je, beli je le kat bazar tu, setakat 2,3 jenis. Bukan nak makan banyak sangat pun.
Takmo citer panjang meh kita tengok resipi Roti John buat sendiri ni, heheh!! inti roti je buat sendiri, roti tu beli kat kedai je le ek..

Sebenarnya ni gambar masa sebelum bulan puasa, buat untuk makan makan bersama keluarga. Jadi Nuriz saja le nak share, kalau ada yang teringin nak cari Roti John di bulan posa ni, tapi kena beratur panjang lak, apa kata kita buat le sendiri, roti hot dog tu pun buleh.

Roti John

Cara buat inti:

2 biji telur

1ct serbuk kurma (kalau nak)

1ct serbuk kari

1 bawang besar dipotong dadu

1bj bawang putih

garam gula secukup rasa

daging/ayam  cincang

Masak inti dulu

1. Tumis bawang besar dan bawang  putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.

Tutup api.

2.Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.

Sediakan roti pulak

3.Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.

4. di dalam kuali leper, atau non stick pan, sapu minyak sikit je. Tunggu panas sekejap.

5. Ambil dengan senduk/sudu  kaup  inti yg dah bercampur dengan telur tadi letakkan atas kuali leper tu. Agak agak padan dengan roti tu, jangan banyak sangat.

Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu,  balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.

6. Boleh letak daun salad, sos cili atau sos salad kegemaran anda.

Walahhh!!  perut dah berbunyi hehehe…!!

Resipi Kebab (buat sendiri)

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Resipi Roti John (buat sendiri)”

  1. Jalut says:

    Perggghhhh… opsss..
    puasa puasa…
    hahaha

    Reveal : Kami Benci Si Mulut Puaka Kakak kpd Elia JejariRuncing
    http://www.norfanil.com/2011/08/reveal-kami-benci-si-mulut-puaka-kakak.html

  2. Thristhan says:

    Frankly, I don’t have the patience to make my own roti john, but I sure would love to buy them from our local Pasar Malams :)
    Thristhan recently posted..Photo Of The Day: Durian in Malaysia

  3. muse says:

    pergghhh terus lapar gua hehe….nanti gua try resepi ni erkk..

  4. Juan says:

    macam ni jer ker, senang nih, saya memang minat roti john, cuma x tau camner nak buat, thanks

    • nurizspace says:

      senang je buat intinya, hehe tapi sebab nak cepat beli je kat bazaar tu, tadi g bazar belambak2 roti john heheh

  5. Jai says:

    Huh, blh try buat nih…

  6. zik says:

    nasib baik baca malam2.. kalau tak terliur… nak jual masa kat bazar.. tapi banyak modal juga nak guna..sekarang nie cuma jual air jer…
    zik recently posted..Wordless Wednesday 9 (zikir harian)

  7. baru semalam beli di Bazaar Ramdhan.. amat sodap sekali! :D

  8. Fitrihadi says:

    perghh menyelerakan.. japgi nak beli bahan dia ar.. nak buat sendiri petang ni hehehe
    .
    Fitrihadi recently posted..(Video) Kereta Potong Yang Tinggal Separuh Tu Pun Boleh Drive Lagi? Gila ar mamat ni!

  9. nuriz says:

    Baru perasan ada tiga org dah Pergghhhh!! kat sini hehehhe

  10. yeah it is looking very interesting to make the food yurself.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold