Raja Azmi Nak Heret Nor Hayati Othman ke Mahkamah

Raja Azmi 52 tahun,  pengarah filem kontroversi Anu Dalam Botol, akan mengheret Nor Hayati Othman ( bekas isteri Roslin Hashim ) kerana didakwanya terbabit dalam fitnah tuduhan khalwat ke atas dirinya dengan Roslin Hashim bekas jaguh  badminton negara.

Raja Azmi dan Roslin dibebaskan dari tuduhan khalwat oleh  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 19 Ogos lalu. Raja Azmi memberitahu media, 2 orang lagi ialah seorang saudara rapat kepada suaminya ( Jalani Sidek) dan seorang lagi tokoh bergelar DAto.

cerita lanjut :

dia mempunyai semua bukti untuk mengaitkan ketiga-tiga individu berkenaan berpakat memfitnah dan memburukan namanya dan seisi keluarga.

“Saya mengambil tindakan ini demi anak dan cucu saya. Saya tidak mahu suatu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat.

“Justeru itu, selepas tindakan saman itu, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua artikel mengenai kes khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet,” katanya dengan deraian air mata.

Raja Azmi yang gagal menahan sebak setiap kali menceritakan apa yang berlaku berkata, dia bagaimanapun bersedia memaafkan pihak yang menganiayanya sekiranya pihak terbabit sanggup mengakui kesilapan mereka secara terbuka.

“Saya perlu mengheret mereka ke mahkamah supaya permohonan menarik artikel yang disiarkan di internet dapat dipadamkan.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jalani di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang, bernombor 533, di sini, sekitar jam 8.30 malam.

Pada April lalu Norhayati telah membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Sementara itu, Roslin mengakui sehingga hari ini dia berasa tertekan dengan kejadian itu, apatah lagi telah menyebabkan hubungannya dengan keluarga terdekat turut berantakan.

“Selepas kes khalwat ini, baru saya nampak siapa sebenarnya dia (Norhayati),” kata Roslin berhubung siapa dalang terhadap tuduhan khalwatnya.

Roslin mendakwa dia tidak pernah menyangka bekas isterinya itu sanggup berkomplot dengan dua lagi individu untuk memfitnah dia dengan Raja Azmi dengan motif tertentu.

“Ketika di dalam mahkamah terhadap pengesahan lafaz cerai saya, baru saya sedar ada orang mengekori saya sebelum ini kerana segala pergerakan saya diketahui dan didedahkan.

“Disebabkan kes khalwat itu juga, keluarga saya seolah-oleh makin menjauhkan diri tetapi saya sedar ujian ini ada hikmahnya. Perkara ini terbukti selepas saya dan Raja Azmi dibebaskan dari tuduhan khalwat,” katanya tenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold