Program Penajaan Pelajar Di Universiti Terkemuka Luar Negara 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA menawarkan biasiswa kepada 50 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di universiti terkemuka luar negara dalam bidang tertentu. Mulai tahun 2011, pelajar tidak perlu lagi memohon tetapi JPA akan mengenalpasti calon dari kalangan pelajar yang layak.

Syarat syarat umum ialah :
1. Warganegara Malaysia

2. (ii) Memiliki sekurang-kurangnya 9A- bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai memenuhi salah satu syarat pelantikan ke jawatan Kerajaan. Ini adalah bagi memastikan pelajar sentiasa konsisten dengan kecemerlangan akademik dan layak dilantik dalam perkhidmatan awam;

(iii) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya; serta

(iv) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan setara bagi tahun pertama pengajian dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan tersebut.

3. Peringkat Pengajian dan Universiti

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia mengikut bidang pengajian yang ditetapkan. Bidang pengajian yang akan ditaja adalah dalam bidang keutamaan dan bidang-bidang lain yang diperlukan oleh negara tertakluk kepada pengiktirafan oleh Kerajaan. Senarai universiti dan bidang pengajian adalah seperti berikut:

1. SAINS – biokimia, biologi, biologi molekul, biologi tumbuhan, bioteknologi, fizik, matematik, mikrobiologi, sains persekitaran, pemakanan, pertanian, sains aktuari

BIL UNIVERSITI NEGARA
1 Massachusetts Institute of Technology USA
2 Harvard University USA
3 Stanford University USA
4 University of Oxford UK
5 Yale University USA
6 University of Cambridge UK
7 University of California, Berkeley USA
8 John Hopkins University USA
9 Imperial College London UK
10 Princeton University USA

2.KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT – aeronautik, elektrik & elektronik, industri, kimia, komputer, bahan, mekanikal, nuklear, multimedia dan sains komputer.

Universiti
1 California Institute of Technology USA
2 Massachusetts Institute of Technology USA
3 Stanford University USA
4 Princeton University USA
5 University of California, Berkeley USA
6 University of Cambridge UK
7 Swiss Federal Institution Of Technology Zurich Switzerland
8 Oxford University UK
9 Imperial College London UK
10 Georgia Institute of Technology USA

3. SASTERA DAN KEMANUSIAAN – ekonomi, kewangan, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengajian perniagaan, pengurusan, pengurusan sukan, perbankan dan statistik.

BIL UNIVERSITI NEGARA
1 Harvard University USA
2 Stanford University USA
3 Princeton University USA
4 University of Chicago USA
5 University of Oxford UK
6 Columbia University USA
7 University of Cambridge UK
8 University of California, Berkeley USA
9 Yale University USA
10 University College London UK

4.  SAINS SOSIAL – falsafah, hubungan antarabangsa, komunikasi dan media, pengajian antarabangsa, psikologi, pelancongan, sains perpustakaan, sains politik, sosiologi, antropologi, kaunseling, pentadbiran awam.

BIL UNIVERSITI NEGARA
1 Harvard University USA
2 Princeton University USA
3 Stanford University USA
4 University of Michigan USA
5 Yale University USA
6 University of Chicago USA
7 University of Oxford UK
8 University of Cambridge UK
9 University of California, Los Angeles USA
10 University of California, Berkeley USA

Bagi bidang-bidang professional, pelajar-pelajar perlu menyemak senarai kelayakan dengan Badan-badan Profesional Malaysia seperti senarai berikut:

  1. Lembaga Arkitek Malaysia
  2. Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia
  3. Lembaga Jurutera Malaysia
  4. Lembaga Juru ukur Tanah
  5. Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
  6. Lembaga Perancang Bandar Malaysia
  7. Majlis Optik Malaysia
  8. Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang

4.  IKATAN PERJANJIAN DENGAN PIHAK KERAJAAN

Pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan selepas menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan bergantung kepada bidang pengajian yang ditaja, seperti dasar sedia ada yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Julai 2003

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold