Polis Siasat Kes Hishammuddin Hussein Terima Peluru Hidup

Polis akan menyiasat kes Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menerima 2 butir peluru hidup. Kes itu disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kesalahan menakutkan secara jenayah.

Polis menerima laporan pada 4.30 petang semalam yang menyatakan pejabat menteri dalam negeri menerima 2 butir peluru dan nota ugutan.

berita lanjut:

Semalam, pejabat menteri itu di Putrajaya menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos kira-kira 2 petang.

Hishammuddin dilaporkan berkata sampul surat itu turut mengandungi sebuah buku yang mana di dalamnya ditebuk dan diletakkan peluru berkenaan.

Katanya muka surat pertama buku itu mengandungi ugutan yang bertulis tangan.

- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold