Perogol Bersiri di Kelantan Terbabit 19 Kes Rogol

Di Kelantan seorang perogol bersiri terbabit dalam 19 kes rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini guat aktif melakukan jenayah tersebut kembali. Modus operandi perogol bersiri tu ialah dengan memburu mangsa dan mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.

Siapa sasaran perogol bersiri tu? Dia memburu sasaran wanita, pekerja pasaraya , pelajar ipt yang tinggal bersendirian untuk memudahkan kerja jahat dia. Pihak polis berkata suspek berusia 20- 30 tahun.

Kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.

Berita lanjut :

“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.
“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.
“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold