Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

Jabatan Pengajian Politeknik mempelawa calon calon yang layak untuk memohon program sijil, diploma dan diploma lanjutan, di Politeknik KPT bagi sesi Disember 2011. Ketika ini terdapat 54 peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) diadakan 2 tahun sekali. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua adalah di hujung tahun. Permohonan politeknik  KPT ambilan Julai diambil melalui UPU dan Politeknik.

Permohonan bagi ambilan Disember adalah melalui Politeknik sahaja.

Politeknik ada 3 kategori.

1. Politeknik Premier – Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan keboleh pasaran tinggi.

2. Politeknik Konvensional – Program TVET yang melahirkan graduan pekerja mahir dan berpengetahuan tinggi.

3.Politeknik Metro – Lebih fokus kepada pengajian berasaskan bidang perkhidmatan.


Syarat kelayakan permohonan

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan memenuhi syarat

Untuk lulusan SPM dan setaraf –

Untuk lulusan Sijil Politeknik KPT

Untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT

Untuk lulusan Diploma Politeknik KPT

Untuk Kolej Matrikulasi KPM jurusan Sains

Untuk Lulusan Pendidikan khas KPM

Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.

Pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengisi eBorang.

Adik adik boleh semak program yang ditawarkan oleh Ploiteknik KPT di e-Prospektus Kursus

Cara Permohonan kemasukan Sesi Disember 2011

Permohonan Secara online:

Pemohon diingatkan cuba mengisi borang permohonan e-Borang pada waktu yang lain jika gagal mengisi pada percubaan pertama. Mungkin berlaku kesesakan server pada ketika itu.

Gunakan No Pin yang sama jika hendak membuat pindaan kepada permohonan yang dihantar.

E-Borang permohonan Online (sila gunakan pelayar Internet Explorer)

Permohonan Secara Hadir Sendiri ke Politeknik:

1. Permohonan ini untuk mereka yang berminat melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO sahaja.

2.Pemohon diminta hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan.

3. Pemohon perlu membawa MyKad dan salinan, slip keputusan/sijil SPM dan salinan serta sijil/ dokumen kokurikulum dan salinan
Keutamaan akan diberikan kepada warga Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bahru.

Maklumat lokasi Politeknik METRo

Permohonan Khas;

1. Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.

2. Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

sila rujuk di SINI

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2011 ialah pada 12hb September 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2011 dijangka akan diketahui pada 26 Okt 2011.

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Politeknik KPT ini sila hubungi

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 3, Blok E3, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 6000 atau samb. 6155/6156/6157/6158/6159/6160
Faks : 03-8891 6001
E-mel : pengambilan@politeknik.edu.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold