Permohonan Kemasukan MTD 2012

Kemasukan Permohonan Putera Baru ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi Tingkatan 4 untuk tahun  2012 sudah dibuka sekarang bagi warganegara Malaysia. Ini adalah bagi pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun 2011 ni. Permohonan adik adik boleh dibuat dengan berpandu kepada keputusan percubaan PMR 2011.



Syarat Am kemasukan MTD 2012

Pemohon ialah pelajar tingkatan 3 2011 dan warganegara Malaysia.
Syarat Fizikal:

1. Jantina lelaki

2. Tinggi minimum 152 sm

3. Berat minimum 45kg

4. Body Mass Index (BMI) ialah – 18 hingga 27

5. Ukuran dada 74 sm – biasa dan 79 sm ( tarik nafas)

6.Penglihatan baik ( tidak rabun warna). Jika berkaca mata tidak melebihi 6/12.

7. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.


Syarat Akademik :

1.Memperolehi sekurang – kurangnya 4A ( Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains)

dan 2B dalam Pperiksaan Percubaan 2011.

2. Pelajar yang aktif dalam sukan dan kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.

3.Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
Temuduga MTD

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil utk Temuduga MTD.

Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
Permohonan :

Pemohon boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)

atau

Datang sendiri ke:

Sel Pemilihan,
Pusat Pengurusan Maklumat,
Maktab Tentera Diraja,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.


Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.


Tarikh tutup Permohonan :

Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.

Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang Pertanyaan:

Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Permohonan Kemasukan MTD 2012”

  1. opie says:

    putera jer ke ley join??? hum,,, tak der ker MTD untuk perempuan??

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold