Permohonan HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 2012

Permohonan HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 2012 telah dibuka. Sukacita dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP kepada kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di dalam negara secara sepenuh masa.

Pegawai yang ingin mengikuti program ini akan diberi Cuti Bergaji Penuh. Sepanjang Cuti Belajar ini, pegawai  mengisi jawatan Bahagian Latihan Tajaan Pendidikan , KPM.

1. SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

2. SYARAT KHUSUS

i)     Warganegara Malaysia;
ii)    Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;
iii)   Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
iv)   Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Borang Permohonan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold