Pengguna PLUSMiles, Touch ‘n’ Go Nikmati Rebat Tol Sempena Raya

Pengguna lebuh raya yang menggunakan PLUSMiles dan Touch n Go bayaran secara elektronik akan menikmati rebat sehingga 20 peratus pada hari tertentu sempena  Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna tol yang menggunakan tol dan membuat bayaran secara elektronik pada hari Khamis dan Jumaat ( 25 dan 26 Ogos) akan menerima Rebat Tol sebanyak 20 %.

Jika membuat bayaran dgn cara yang sama pada hari Kemerdekaan, pengguna mendapat 10 %.

Pada 1 dan 2 Sept pula, pengguna yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan ‘Touch n Go’  akan menerima rebat sebanyak 20 peratus.

Rebat boleh dituntut pada 15 Okt hingga 31 Dis 2011 nanti di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUS Miles dan Touch n GO. Tuntutan selepas itu tidak akan diterima.

Rebat yang diberikan ini sebagai galakkan kepada pengguna jalanraya menggunakan bayaran secara elektronik dan megelakkan kesesakan kerana ia mudah dan pantas.

Bagaimanapun, rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Rebat Tol:

20 % Rebat diberi pada 25 dan 26 Ogos 2011

10 % Rebat diberi pada 30 dan 31 Ogos 2011

20 % Rebat diberi pada 1 dan 2 September 2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pengguna PLUSMiles, Touch ‘n’ Go Nikmati Rebat Tol Sempena Raya”

  1. akubiomed says:

    Dapat kurang beban pengguna yang mengunakan lebuhraya.
    akubiomed recently posted..Bing secara rasminya mengantikan Yahoo! Site Explorer

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold