Norshahirah Lari Ke Nepal Ikut Teman Lelaki

Lagi gadis lari dari rumah dek kerana mengikut teman lelaki, tapi kes kali ni bukan lari ke Lombok tapi lari ke Nepal. Norshahirah 21 tahun lari mengikut teman lelakinya warga Nepal pada 22 Ogos lalu. Norshahirah keluar dari rumahnya di Taman Kenangan Sungai Karangan Padang Serai. Alahai, di dalam bulan puasa nak sambut raya, gadis ni sanggup meninggalkan ibu bapanya hanya kerana nak bersama warga Nepal ni. Norshahirah naik kapal terbang dengan kekasihnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ( LTAPP) dan berlepas ke Kathamandu pada 23 Ogos lalu.

Ada harapan untuk bertemu kembali Norshahirah:

Kedutaan Malaysia di Nepal bersedia untuk membantu keluarga Norshahirah yang akan berlepas ke Kathamandu pada esok hari bagi menjejaki Norshahirah.

Berita :

Kakak Norshahira, Nillie Shakira, 23, berkata keluarganya berasa amat lega dengan jaminan Duta Nepal di Malaysia yang bersedia membantu menjejak lelaki tersebut dan Norshahira di Kathmandu.

Bapa gadis itu, Mohd Rasul Kassim, 50, pula berkata kesudian Duta Nepal untuk membantu mereka merupakan satu penawar bagi keluarga berkenaan.

“Rupanya harapan untuk bertemu semula dengan anak kami itu masih ada dan kami berdoa siang dan malam sejak kehilangannya tempoh hari semoga Allah makbulkan permohonan kami itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Duta Nepal ke Malaysia Dr Rishi Raj Adhikari dilaporkan sebagai berkata Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki Norshahirah jika laporan mengenainya dibuat di kedutaan berkenaan esok.

Di saat umat Islam berhari raya dan dan meraikan kegembiraan bersama keluarga, tapi lain pulak hal dgn keluarga Norshahirah ni. Malangnya mereka terpaksa pergi mencari anak mereka yang hilang di Nepal tu. Remaja sekarang kalau dah jatuh cinta sanggup melupakan keluarga dan lupa pengorbanan ibu bapa, inilah kerana terikutkan sangat perasaan dan pendek akal. Membuat keputusan tak pikirkan keluarga dan kesannya. Mungkin sebab termakan pujuk rayu dan kata kata manis teman lelaki dan lupa kerana dilamun cinta sangat.
Simpati dengan keluarga ini, semoga mereka bertemu kembali dgn anak gadis mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold