NGO Buat Laporan Polis Terhadap Berita Palsu TV3 Surau Al Musyrikin

Pada 21 Ogos lalu, Buletin Utama Tv3 melaporkan tentang kelas tuisyen di Jalan Klang Lama yg didakwa menjadi pusat penyebaran agama Kristian kepada pelajar yang beragam Islam. Sehubungan dengan itu NGO Jingga 13 membuat laporan polis kerana berita tu didakwa tidak benar. Laporan tv3 tu menggambarkan tempat tuisyen itu menjadi tembat menyebarkan agam Kristian hingga ahli ahli surau berkumpul dan membantah.

Penyelaras Ngo Jingga 13, saudara Fariz Musa membuat semakan dan mendapati surau Al Musyrikin yang didakwa jadi tempat tuisyen dan penyebaran agama Kristian kepada pelajar tuisyen tu tidak wujud.

Berita dari Malaysia Kini

“Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu,” kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

“Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

“Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud,” katanya.
Fariz juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

Nama surau ‘Al-Musyrikin’ seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

“Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti ‘al-Musyrikin’ (kafir).

“Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin,” kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

“Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

“Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana,” kata Fariz.

NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.

Jika berita tv3 ni palsu pasal surau al Musyrikin, pihak tv3 perlu minta maaf kerana telah melaporkan berita yang salah dan boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Jangan bermain dengan api!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold