Laporan Polis Terhadap Azmil Mustapha

Tadi terbaca berita pasal artis yang popular di zaman remaja yang banyak berlakon filem cinta remaja hasut kariah masjid, dia dituduh menghina Yang dipertuan Agong dan Perlembagaan. Serius bunyinya ni. Dalam kepala ni duk teka dah, ni mesti Ali Setan, rupanya betul le, Azmil Mustapha le yang dimaksudkan oleh petikan berita tu. Rupanya Azmil dah pulang dari Jordan ye.

Azmil menafikan yang dia ada menghina perlembagaan dan Yang Dipertuan agong. Azmil, 60 tahun berkata dia dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang untuk menyampaikan ceramah/tazkirah di masjid tersebut.

Azmil berkata lagi semasa dia beri ceramah kelihatan seorang dua yang berada dalam masjid, kelihatan gelisah lalu keluar dari masjid tersebut.

Seorang bilal bersama beberapa jemaah Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini, tampil membuat laporan polis berhubung ceramah berunsur politik dan menghasut yang disampaikan pelakon zaman 80-an yang popular melalui filem Ali Setan, Azmil Mustapha.

Laporan dibuat semalam, di Balai Polis Kampung Baru Subang, ekoran tindakan pelakon itu yang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 jemaah sebelum solat Tarawih.

Bilal 1 masjid berkenaan, Mohd Sani Nasib, berkata ceramah berunsur politik di dalam masjid tidak wajar kerana mengganggu amal ibadat orang lain.

Katanya, disebabkan ceramah itu, kira-kira 20 jemaah tidak sempat melakukan solat Tarawih dan pulang ke rumah ekoran tidak mahu dihasut.

“Dalam ceramahnya, dia menuduh kerajaan tidak mengamalkan ajaran Islam kerana sekolah mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah Islam.

“Azmil turut mempertikaikan perlembagaan sekarang yang perlu ditukar kepada keluhuran al-Quran selain tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang Dipertuan Agong serta yang perlu diagungkan adalah Tuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan laporan polis, semalam. Menurutnya, pelakon itu berulang kali mengeluarkan perkataan Melayu bodoh.

“Azmil turut mempertikai pertemuan antara Perdana Menteri dengan paderi Kristian
dan menyatakan mempunyai niat tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Selain itu, turut mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru dan perlu ditukar kepada Dasar Ekonomi Bodoh,” katanya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia tidak berniatmemberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit parti politik.

“Saya tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih dan hanya berniat untuk memberi ilmu agama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Petikan dari Berita Harian:

tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.
“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya
terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

Tazkirah Azmil Mustapha tahun 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Laporan Polis Terhadap Azmil Mustapha”

  1. yas says:

    Nak komen lebeh2 x leh…harap2 semer boleh di selesaikan dgn elok..
    yas recently posted..Gps oh Gps – Nak percaya or tidak?

  2. nuriz says:

    tak tau lagi betul ke dak, biar je polis yg siasat kan

  3. sw33tdarling says:

    susah nak cakap, kita tak berada di tempat kejadian.. kalaulah ada sesiapa yg rakam dengan video.. maka bolehlah kita nilai sendiri…

  4. APAN says:

    erm…tah la…dulu pun ade penah dengar gak pasal beliau ni.tpi kalau org kita skang ni, kalau ckp bab agama sikit, kompem tuduh selit org tu main politik.cmne tu.huhu…nanti la nak tengok balik video dia tu.huhu…
    APAN recently posted..Jangan Duduk Dengan Wallet Dalam Poket Belakang

  5. wakPayaJaras says:

    Minggu sebelomnya azmil telah dijemput untuk tazkirah di masjid Al huda paya jaras. Penyataan Melayu Bodoh dan Ekonomi bodoh juga digunakan semasa beliau mengadakan tazkirah. saya tidak sangsi kalau perkara yang sama berlaku kerana semasa azmil memberikan ceramah beliau seolah olah jijik sangat nak tinggal di malaysia dan beliau selalu menyebut rindu kepada tempat beliau belajar. ini pun kerana rusuhan disana beliau pulang ke malaysia. (satu penyataan yg kurang cerdik).

  6. awien says:

    susah2 jadi balik la ali setan :)
    kan kan ??

  7. muse says:

    hmmm susah kalau jadi camni sebab masjid memang bukan tempat kita nak berpolitik harapan gua kalau nak bagi ceramah macam ni kenaler arrange buat kat tempat lain kot…

  8. [...] dan mengkafirkan kerajaan di sebuah masjid di Subang. Siapa tak sempat baca berita tu leh baca sini. Kini giliran Azmil Mustafa bagi keterangan pulak kepada pihak [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold