KPLI Tiada Ambilan Bagi Tahun 2011

Tahun 2011 Kementerian Pelajaran tidak lagi membuat pengambila baru bagi KPLI (Kursusu Lepasan Ijazah) kerana memberi peluang kepada GSTT ( Guru Sandaran Tidah Terlatih) yang seramai 13,000 orang.

Seramai 13,000 orang guru GSTT yang tidak disambung kontrak mereka sebelum ini telah diberi peluang untuk meneruskan perkhidmatan mereka.  Kementerian telah mengeluarkan surat kepada mereka untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum mereka diserap ke jawatan guru tetap.

Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT.

Guru sandaran tidak terlatih GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia ditempatkan di mana mana sekolah jika sekolah lama sudah penuh.

Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold