Kesudahan Hingga Akhir Waktu ( Episod 29)

Pasti ramai yang nak tau kan kesudahan/ending sinetron Hingga Akhir Waktu ( episod 29). Tak le banyak sangat episod untuk cerita ni kan. Agak pendek jugak le sama macam Cinta Melody dan Kawin Masal. Kesudahannya berakhir dalam 1 episod jugak, setelah digodek godek,  Nuriz jumpa gak le ending sinetron Hingga Akhir Waktu episod akhir,  ada jgk yang tanya bila  nak update kesudahan cerita ni?

Sebelum nak cerita panjang, Nuriz nak bgtau yg kisah ni happy ending..hahah!! mesti seronok kalau sebut happy ending. Cuma yang suspen dalam sinopsis, Kania ni akhirnya bercinta dan bersama lelaki  mana satu Galang ke Aditya ke? Pengarah cerita ni buat ending terkejut..semua diselesaikan dalam 1 episod saja, dekat dekat nak tamat cerita, penonton akan merasakan banyak konflik dan persoalan yang belum selesai lagi. Akhirnya pengarah senang je menamatkan cerita dan semua persoalan terjawab dalam episod 29.Buat pe panjang panjang kan..memeningkan kepala je..hehe, Nuriz pun bukan ikut sangat cerita ni, kadang kadang bz tak dan nak tengok.

Ok, dlam episod akhir, KAnia telah bertemu dengan ibu kandungya, sementara tu Galang(Lucky Perdana) yang mempunyai banyak kisah pasal hidupnya yang tak pernah terjawab, telah bertemu dengan bapa dan adik kandungnya jgk iaitu Guntur(Billy Davidson). Galang rupanya anak orang kaya. So Galang mewarisi harta pusaka dari datuknya yg kaya. Penonton akan lihat penampilan Galang yang lebih kacak dan bergaya, sebab dh jd anak org kaya)  :)

Aditya (Ali Saykieb) yang jahat dan sombong tu menjalani kehidupan di penjara, sementara tu Nilla pun diusir. Haha!!! semua watak jahat nampaknya menerima balasam yg setimpal..so biasa je kan cerita dia.

Galang dan Kania ( Marshanda) akhirnya telah berkahwin dan bahagia gitu..tapi cuma yang tak berapa best kesudahan bagi Anggerik ( Asmirandah) yang bercinta dgn Guntur, tak pulak berkahwin..tergantung camtu je le. Pengarah tak buat Anggerik dan Guntur kahwin sama macam Kania dan Galang, kalau buat depa kahwin sama2 kan bagus hehe!!..( apa2 je la). Cerite ni lebih menumpukan pada Kania le ni, sebab tu cerita pasal Anggerik biar je camtu. Anggerik jugak sampai ke sudah tak jumpa2 dengan ibu bapa kandungnya.

SINOPSIS penuh Hingga Akhir waktu

Gambar hero hero cerita ni

Lucky Perdana sbg Galang

Billy Davidson sbg Guntur

Ali Syakieb sbg Adiyta

Anggerik dan Guntur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kesudahan Hingga Akhir Waktu ( Episod 29)”

  1. [...] UPDATE: Ketahui Kesudahan Hingga Akhir Waktu ( episod 29) [...]

  2. There are time arrangement for every man or the actor to enter the telivision shows and to make them happy. but the time is over and you are out from the serial.

  3. KautharK says:

    Ada video nya tak ?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold