Kes Perbicaraan Liwat Anwar Ogos 2011

Hari ni masuk hari ketiga perbicaraan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar dipanggil untuk bela diri dan pendakwa raya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenan ialah saksi ketiga memberitahu bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan tidak menghasilkan keputusan yang diingini. Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari 36 jam selepas kejadian dikatakan berlaku.

Kejadian liwat berkenaan dikatakan berlaku pada 26 Jun 2008 dan sampel diambil pada tubuh Saiful antara 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008. Sampel tidak disimpan di balai polis sebaliknya diberikan kepada ahli kimia selepas 2 hari.

Berita lanjut:

Dalam kes Saiful, empat doktor memeriksa dengan kehadiran pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira.

Dijangkakan pendakwa akan menyoal Saiful berhubung laporan perubatan Saiful yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur yang disifatkan Dr Wells sebagai tidak lengkap dan kurang tepat semalam.

Menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di HKL itu sebagai tidak tepat dan samar-samar, Wells mendapati wujudnya percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful.

Lebih meragukan apabila catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.


Keputusan Liwat Anwar Ibrahim Jan 9 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold