Kes Liwat Anwar : DNA Y Tercemar, Saintis Malaysia Silap

Lagi berita sekitar kes bicara liwat Anwar , pakar dari Australia memberitahu mahkamah  yang seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Brian McDonald berkata ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon telah membuat kesilapan besar sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai lelaki “Y” , profil yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Apa yang ada hanya campuran profil hingga menyebabkan bacaan yang salah.

Apa yang agak memalukan lagi, pakar Australia tu berkata, “kalau le ujian ujian ni dilakukan di sekolah , pasti sudah gagal”. huhu..malu weh..tahap ujian budak sekolah ke ni??

PAda bulan 2 lalu, pihak peguam Anwar berhujah dan mempersoal cara profil DNA diambil hasil dari tuala. Tuala itu di berikan kepada Anwar semasa dia ditahan di lokap pejabat Polis KL , 3 tahun lalu.

Analisis menunjukkan ada 2 profil  DNA Рsatu lelaki Y dan datu lagi tidak diketahui siapa pemiliknya. Pada bulan 2 lalu Nor Aidora berkata profil DNA yang ditemui sepadan dengan lelaki Y yang spermanya diambil dari dubur Saiful.

sumber TheMalaysianInsider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kes Liwat Anwar : DNA Y Tercemar, Saintis Malaysia Silap”

  1. Harap2 kes ini cepat selesai sebab selagi tak selesai selagi itulah ia akan dijadikan isu politik.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold