Kenapa Ogy Tak Suka Lakonan Fazlina a.k.a Mazni?

Fazlina yang bawa watak Mazni dalam Ramadhan terakhir ni adik kepada Ogy Ahmad Daud. Ada terbaca gak kat forum hiburan cari, yang Ogy tak berapa suka lakonan dan watak yang dibawa dalam drama Ramadhan Terakhir. Bukan tak suka apa le, Ogy tau adik dia boleh berlakon dan menghayati watak jauh lebih baik dari apa yang dibawa dalam watak Mazni sebagai isteri orang kaya dan watak jahat tu, cuma dia kata ada silap penghayatan..penghayatan..dik nonn!! heheh

Duk cari jugak le kat mana yang komen akak Ogy kita ni mengenai pendapat dia pasal lakonan adik dia tu. Cari punya cari , jumpa le dalam facebook Ogy..heheh!!

Panjang lebor ler akak Ogy kita ni komen pasal lakonan adik dia si Fazlina nih , selepas ada sorang peminat komen mengenai lakonan Fazlina. Sampaikan pengarah muda Ungku Ismail yang arah drama pertama Ramadhan Terakhir ni pun kena balun sekali hehe..!! Macam beremosi sikit komen kak Ogy sebab ada tulisan hurup besorrr...kalalu pengarah drama ni tak nampak lagi tak tau ler :)

Ogy kata wajah Fazlina di makeup macam paper doll walaupun duk dalam rumah dan dalam bilik tidur ( macam scene malam ni). Kesilapan jurumakeup dan jugak pengarah, yang tak bijak sesuaikan watak dalam cerita. Bagi Ogy itu sebuah lakonan yang tak jujur dan streotaip. Bagi Ogy, adiknya boleh berlakon lebih baik dari tu cuma berlaku salah penghayatan saja.

Teringat Nuriz masa drama Seputeh Qaseh Ramadhan yang Eja duk pakai bulu mata palsu tebal, walaupun masa tu dia tengah nazak sakit.

Kak Ogy pengarah dan pelakon senior, banyak pengalaman, harap2 pengarah muda cam Ungku Ismail mungkin akan ambil kritikan ni sebagai kritikan positif. Maklumlah dia baru je arah drama 1 ni je.. Akak Ogy jangan ler balun kuat sangat..kekekek!!

Ungku Ismail Pengarah Ramadhan Terakhir

Baca komen kak Ogy ni, macam terasa lak berada di pentas AF.. haha!! mulut dia memang lazer gitu..komen dia ikhlas dan dia memang nak yang terbaik je. Tengok muka budak AF tu pun tau je le, sampai giliran Ogy bagi komen..kelat je muka..senyum pun mcm jadi tak jadi :)

Ni komen Ogy di facebooknya (korang cuba bayangkan je le cemana semangatnye kak Ogy masa dia komen ni…)

Ogy


Apa apa pun, saya pun suka lakonan Mazni, cuma make up tu je la tak kena masa..lain lain smua ok dah..lakonan yang berkesan, kelakar ada, meluat pun ada.

Biodata Fazlina Ahmad Daud

Lagu Pompa Bensin full version dah keluar

Fazlina a.k.a Mazni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Kenapa Ogy Tak Suka Lakonan Fazlina a.k.a Mazni?”

  1. akubiomed says:

    Err siapalah saya hendak komen lakonan orang. Ilmu lakonan pun tak ada :-)
    akubiomed recently posted..Rawatan rel keretapi elektrik

  2. yg penting cerite ni best!!!

  3. awien says:

    sian engku ismail tu :(

  4. Takpe….still okey jee….bagus aper…pada saya kita sebagai penonton enjoy dah cukup….

    • nuriz says:

      kita ni penonton masing2 ada citarasa masing2 , mungkin ada yg suka ada yg tak, ogy tu sebab dia pakar dia komen dan bg pendapat dia le kan..

      memang sy pun suka watak tu, lawak pun ada

  5. W.R says:

    org ada ilmu mcm kak ogy boleh la komen..kalu org lain saya percaya bukan komen tp irihati hahha..:)

  6. zik says:

    baru perasan mukanya ada iras2 sikit…
    zik recently posted..15 lagu raya nostalgia yang aku minati sepanjang zaman

  7. suka komen says:

    ala Ogy memang selalu laser.. dia dulu belakon pun tak la sebagus mana… jeles la tu

  8. mka says:

    Lakonan adik OAD membawa watak Mazni agak baik cuma kekadang takut apabila dia gunakan expresi mata agak ter-”over” dah. She looks more
    of a psychopath with a hinged of woman being possessed in certain scenes.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold