Jadual Perjalanan Sempena Hari Raya PLUS Ikut Nombor Kereta

Bagi memudahkan perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 ni pihak PLUS telah memperkenalkan jadual perjalanan mengikut no pendaftaran kereta / kenderaan ganjil dan genap. Ikutkan hari raya ni jugak kita sambut Hari Kemerdekaan, maka perjalanan balik kampung akan menjadi sesak.

Tujuan PLUS membahagikan kumpulanĀ  kenderaan adalah supaya pengguna lebuh raya dari Utara dan Selatan yang pulang beraya pada saat saat akhir dapat dipisahkan dan mengelakkan kesesakan.

Artikel lain: Rebat bagi pengguna lebuhraya yang guna Touch n go dan PLUS miles

“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 Sept dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu:
Perlis , Kedah dan Pulau Pinang – sebelum 12 tghri

Taiping, Kuala Kangsar , Changkat Jering – antara pukul 12 tghri hingga 3 ptg

Ipoh , Simpang Pulai , Gopeng – pukul 3 hingga 6 ptg

Tapah ,Bidor, Slim River , Tanjung Malim – selepas 6 petang

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi

Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang

Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang

Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang

Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

Lihat imej jadual yang disediakan PLUS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jadual Perjalanan Sempena Hari Raya PLUS Ikut Nombor Kereta”

  1. akubiomed says:

    Sesuatu yang luar biasa dicadangkan oleh Plus dan tidak pasti keberkesanan pergerakkan trafik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold