Gambar Nabil Raja Lawak dan bakal isteri (Nazira Ayub)

Rupanya Nabil Raja Lawak dah nak nikah dengan kekasih hati dia Nazira Ayub seorang bekas peramugari berusia 23 tahun. Nabil dah berkenalan dengan Nazira ni 6 tahun dah. Lama kan dah jadi kawan. Dah kenal hati budi le ni. Dulu Nabil pernah bercinta dgn artis Irma Hasmie tapi putus di tengah jalan. Lepas tu Nabil dilanda gossip dengan Uqasha, keluar gambar yang bukan bukan. Memang ada dengar juga Nabil keluar dengan peramugari, ini rupanya gambar bakal isteri Nabil ye, namanya Nazira Ayub..cun jugak..

TERKINI:

Perkahwinan Nabil dan Nazirah Ayub dan Gambar Hantaran

Video pra perkahwinan Nabil dan Nazira+gaun pengantin dan kad kahwin Nabil

Nabil pun tak nak bercinta lama lama takut nanti terputus lagi, macam dengan Irma dulu ek..bagus le Nabil kahwin pun, cinta lama2 nanti banyak lak gossip.

Gambar Nabil dan Nazira Ayub

Perkahwinan Nabil dan Nazira ala ala KARTUN WONDERLAND

Mengikut perancangan Nabil dan Nazira akan bernikah pada 30hb Sept nanti, Konsep perkahwinan mereka ala ala kartun Wonderland gitu. Agaknya watak kartun mana le akan Nabil dan Nazira ni pakai..heheh, kostum apa lak diguna..Nabil dan Nazira sukakan sesuatu yang dpat menghiburkan jemputan yang datang nanti..al maklumla , Nabil seorang pelawak dan penghibur, asik nak menghiburkan orang je kan..hehe. Lagi, Nabil dan Nazira akan berbulan madu di Mekah. Ramai gak artis buat cara ni ye, mcm Dr Sheikh Muzaffar pun bulan madu di Mekah, nak ambil berkat kan, emm kalau dah mampu, bagus le buat camtu.

Kisah perkenalan Nabil dan Nazira,

Nabil kenal Nazira setelah Nazira tamat spm, masa tu Nabil masih lagi jadi mat despatch. Terdetik dlam hati Nabil apabila nampak Nazira” eh! cantik gak budak ni”..

Kos anggaran perkahwinan Nabil dan Nazira kira kira RM 150,000. Kata Nabil mengenai perkahwinan mereka nanti:

“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,”

Nabil jugak akan menjemput Irma Hasmie ke majlis pernikahannya nanti, bagi Nabil apa yang berlaku benda dah lepas, dan dia dgn Irma masih berkawan baik.

Gossip yang lepas

Nabil kantoi

Menurut sumber rapat pasangan berkenaan, hati Irma hancur luluh apabila dia melihat Nabil bersama gadis lain di kondominium itu! Namun, ia tidak memperlihatkan Nabil berdua-duaan dengan gadis yang difahamkan bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan itu, sebaliknya bersama mereka ialah seorang kawan baik Nabil dikenali sebagai Reza ( nama terbalik ke zera)

gambar credit to : OH bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Nabil Raja Lawak dan bakal isteri (Nazira Ayub)”

  1. aik.. org baru plak dh..
    jgn jd cam yg lepas2 dhla..

  2. APAN says:

    hmmm….pramugari gak dia nak…tengok je la pe jadi.haha…

    sepet2 gitu… :)
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #6

  3. Really nice way to give a pose to the newspaper or to make the publicity, best of luck.

  4. miss J says:

    as long as he happy, im happy :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold