Gambar Marion Caunter Mengandung

Marion Caunter 31 tahun yang berkahwin dengan M Nasarudin SM Nasimuddin, 27, pada tanggal 17 Disember 2010 kini sudah mengandung anak pertama. Marion sebolehnya tak nak menghebohkan hal berkenaan tapi oleh kerana perut dah membesar mana lah boleh nak tutup kan..berita baik takpe kalau nak berkongsi dengan umum hehe..dah jadi selebriti kan.

Cerita pasal alahan mengandung, Marion menyedari dirinya berbadan dua pada Mac lalu, dan lepas tu dia mengalami alahan teruk, hingga tak boleh makan dan minum. Kini kandungannya sudah berusia 5 bulan.

Gambar Marion mengandung, dia masih bergaya dan nampak seksi :)

Petikan dari metro:

“Kalau minum pun, saya selalu ambil minuman isotonik saja kerana ia ada sedikit garam. Biasanya orang mengandung akan ‘morning sickness’, sebaliknya saya kena pagi, siang, petang dan malam. Asyik muntah-muntah saja. Sampaikan satu ketika saya menjadi sangat lemah dan tidak bermaya sehingga disarankan berehat oleh doktor.

“Tiga bulan pertama mengandung saya jarang muncul di E! News kerana keadaan kesihatan membuatkan saya tidak berkemampuan untuk berjalan jauh. Sebagaimana diketahui umum rakaman program E! News berpangkalan di Singapura.

“Mujurlah pihak E! News memahami dan sewaktu berbincang masalah saya, mereka terus memberikan cuti. Disebabkan itu kebelakangan ini saya jarang muncul di E! News buat sementara.

“Bagi seorang yang aktif seperti saya, duduk di rumah tanpa bekerja atau keluar bercuti mula membuatkan saya rasa tertekan. Namun sebaik saja kandungan masuk usia empat bulan keadaan kembali normal.

“Selera juga bertukar daripada tidak boleh makan sekarang semua benda saya teringin nak makan! Pagi tadi tiba-tiba tekak saya terasa seperti mahu makan Blueberry Waffle,” katanya disusuli tawa.

Memilih untuk mengikut saranan doktor, Marion tidak mengetepikan pesanan ibu kandung dan ibu mentuanya dalam memilih makanan berkhasiat.

Malah, dia menolak tertekan dengan perubahan bentuk badan yang sering kali dibimbangi kaum wanita kerana percaya dengan usaha serta amalan diet yang betul sesiapapun mampu kembali ke bentuk asal kelak.

Kegembiraan untuk menimang anak mengatasi segala-galanya kata personaliti kelahiran Pulau Pinang itu.

Mengimbas kembali saat memaklumkan berita baik itu kepada suaminya, tidak seperti pasangan romantis yang lain tampil dengan pelbagai inisiatif termasuk kejutan, Marion pula sekadar menghubungi Nasa.

“Saya berada di Singapura ketika itu bagi menjalani rakaman program E! News. Saya rasa aneh sebab lewat datang bulan lalu ke farmasi membeli alat ujian kehamilan.

“Ujian pertama positif mengandung bagaimanapun saya sengaja membuat ujian itu sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu benar-benar tepat. Keempat-empatnya menunjukkan tanda positif.

“Saya kemudian menghubungi Nasa dan dia menyambut perkhabaran itu dengan rasa cukup gembira. Sebelah malam dia menghubungi saya semula dan meluahkan lagi rasa gembira yang tidak terkata,” ujarnya.

Membuatkan dirinya tambah terharu dan bertuah, apabila Nasa yang sentiasa cukup sibuk dengan tugasnya sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama di Kumpulan Naza, mula meluangkan lebih masa buat dirinya.

Suami nya sekarang menghadkan urusan luar negara kerana nak teman Marion. Marion jugak tak kisah sama ada dikurniakan anak perempuan atau lelaki, mereka berdua tetap bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

Berkenaan nama bayi mereka pulak Nasa dan Marion tidak sangat memikirkan hal nama anak, asalkan nama ringkas dan moden.
wahh..mesti nama ala ala mat salleh jugak pe.. mcm mak dia.

Marion terpaksa tinggal puasa, kerana dia masih lagi baru menjalani ibadah puasa sejak memeluk islam dan ditambah pulak dirinya tidak berapa sihat kerana mengandung.

Hari raya Marion dan NAsa
Marion dan Nasa akan menziarah pusara arwah ayah Nasarudin, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Marion Caunter Mengandung”

  1. lin azlina says:

    kalo tengok dia mesti teringat perkahwinan beliau yg sangat grand tu…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold