Gambar Kad Kahwin Memey dan Norman Hakim

Amboi canti dan eksklusif le kad kahwin Norman Hakim dan Memey ni. Macam macam gaya yang dimuatkan dalam kad kahwin, ala ala kulit album lagu le pulak. Norman dan Memey dijangka akan melangsungkan perkahwinan ada 24 Sept ni di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan, dan majlis resepsi pulak akan diadakan pada 25 Sept. Satu lg majlis persandingan secara besar besaran pulak akan diadakan di KL Crowne Plaza, majlis ni bernilai 12 juta. Fuyoo!! 12 juta tu… Kad kahwin yang diedarkan ni utk di Kota Tinggi yang di KL ada lagi yang lain , semua tu Norman serahkan pada perancang majlis mereka uruskan.

Persalinan yang berwarna putih dalam gambar tu direka oleh Ezuwan Ismail.

Norman 35 dan Memey 23 mendapat tajaan penuh dari Rafflesia jenama barang kemas terkenal untuk perkahwinan mereka nanti. Majlis resepsi di Plaza Crownze akan diadakan pada 28hb sept.

Seramai 6 penaja lagi selain Rafflesia yang akan menaja majlis pernikahan mereka berdua. Memang dasyat kan, bukan calang calang semua penaja ni. Penaja lain tu ialah Lord’s Tailor, pendandan, Snips, Angsana Spa, Hotel Crowne Plaza dan jenama kasut terkenal, Jimmy Choo.

Perunding perkahwinan Memey dan Norman ialah Nazrul Nazaruddin dari Nas Great. Majlis resepsi mereka ala ala New York Look. Mak oii new york tu..tak main le malaysia..huhuh!! Hebat lagi dari majlis nikah Norman dgn Abby dulu ek. Tu le rezeki kan…walaupun dilanda kontroversi naik turun mahkamah pasal kes khalwat , ada gak penaja yang sanggup bagi tajaan hebat buat mereka berdua ni.

10 Fakta menarik majlis Resepsi Norman dan Memey Suhaiza

1. Sebanyak 7 buah lori yang membawa bunga ros segar ke Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

2. Memey artis pertama yang akan pakai kasut rekaan Jimmy Choo yang bernilai RM 300,000 sepasang. Artis lain di Malaysia tak pernah pakai lagi ek.

3. Memey akan pakai 2 persalinan bertahtakan permata dari Rafflesia. Setiap satu persalinan tu bernilai RM 500,000 ke atas. Persalinan tu lagi mahal dari baju Siti Nurhaliza yang cuma bernilai RM 400,000 je. huhu!!

4. Memey akan pakai 2 set barang kemas Rafflesia, setiap set ada cincin, rantai dan anting anting. Setiap set bernilai RM 2. 8 juta.

5 Kos semua dekorasi di Hotel Crowne Plaza bernilai RM 150,000.

6. seramai 6 atau 8 orang artis akan membuat persembahan di majlis nikah Norman, dan salah seorang ialah dari luar negara. Negara mana tak tau ler.. Adakah Dato CT nyanyi jugak nanti? hehehe

7. Kos keseluruhan tajaan utama dari Rafflesia bernilai RM 12 juta.

8.Penaja venue majlis respsi, Hotel Crowne Plaza menjanjikan layanan bertaraf lima bintang untuk majlis resepsi Norman dan Memey.

9. Dijangka seramai 80 hingga 100 artis akan diundang untuk memeriahkan majlis respsi mereka. Selain rakan artis turut diundang adalah rakan media. Hanya 200 tetamu yang dijangka hadir pada hari tersebut.

10. Selain barang kemas Rafflesia menjadi sebagai penaja utama majlis resepsi bertemakan New York Look pada 28 Spetember hadapan, Norman dan Memey turut mendapat tajaan dari pendandan, Snips, pusat rawatan, Spa Angsana, jenama terkenal kasut, Jimmy Choo, Hotel Crowne Plaza, pusat penjahit baju terkenal, Lord’s Tailor dan banyak lagi.

Penaja Memey Norman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold