Edit Gambar Menjadi Kepingan dengan photoshop

Sebelum ni Nuriz ada buat photo cluster dengan photoshop,  gambar yang dihasilkan menjadi terpotong potong.  Kali ni Nuriz nak buat edit gambar lebih kurang macam photo cluster tapi yang ni ada stroke atau garisan di keliling gambar seperti kepingan kepingan gambar. Boleh kata agak renyah jugak buat benda ni tapi  hasilnya memang syokk :)

Dalam BI efek ni disebut vertical panel, dibahagi beberapa panel dan panel ni boleh diubah dan diadjust size dan kedudukan. Tak seperti teknik cluster yang hanya boleh dipotong saja.

Gambar menjadi kepingan

Buat Lingkaran Glow pada gambar/imej

Tutorial Photo Cluster (yang terdahulu)

Cara cara :

1. Buka imej yang nak diedit

Buat New Layer dan create new fill ( bulatan separuh hitam dan putih) .Pilih Solid color. Warna mesti putih. RGB set : 255 255 255

2. Buat copy background imej ( ctrl+ J)

3.  Ubah Layer color fill biar duduk di tengah2.

4. Pilih rectangle tool dan shape option

5. Di background imej  copy, buat bentuk 4 segi memanjang atas imej. Layer Shape akan terhasil secara automatik. Guna ctrl+ T untuk adjust size dan kedudukan kotak tu.

6. Bila terhasil kotak tadi , layer tu di sebut Shape . Ubah Shape layer biar di bawah background imej copy ( biar di atas layer fill color). Lihat gambar di no 5.

7. Di background copy , buat clipping mask . Right Click > clipping mask.

8. Di Shape 1 Layer , buat drop shadow. Pilih icon fx.  Set kan kepada  Blend mode : multiply.

Angle 120 , Distance 10 , Spread 0 , size 10 .

Stroke pilih warna putih, Position Inside, blend mode : normal.

9. Tiba masa nak buat Layer group. Pilih background copy dan Layer Shape ( Hold shift dan pilih dgn mouse kedua2 layer tu). Di menu photoshop, pilih Layer > New > Group from  Layers) > Ok.

10. Lepas tu kita perlu COPY group tadi. Right clik group dan pilih Duplicate Group.  Jangan buat apa2 lagi.

11. Bila sudah ada dua GROUP , ubah kedudukan Group Copy ke bawah Group 1 ke bawah  . Guna Ctrl + left bracket ( [ ). automatik group tu pindah ke bawah.

12. Buka Group Copy 1 dengan menekan anak panah tiga segi di tepi folder. Anda akan nampak background dan shape dalam tu.

Pilih Shape Layer .

Pada Group copy 1 pilih Shape Layer

Guna Move Tool pergi ke imej dan gerakkan kursor ke sebelah kanan perlahan lahan hingga dapat hasil. Boleh adjust kotak dengan ctrl T .

Bila dah puas hati. Tutup group dengan menekan anak panah semula.

13. Buat copy group sekali lagi dengan mengikut  langkah-langkah di  no 10. Ulang langkah 11, dan 12. Sampai habis.

Ini contoh kedudukan group2 yang seharusnya anda dapat  . Lihat imej ni

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Edit Gambar Menjadi Kepingan dengan photoshop”

  1. Mama Hanim says:

    menarik je nmpk.. bleh try.. tq nuriz, info yg best.

    >a href=”http://cintapertamakami.blogspot.com/2011/08/cek-nuffnang-ke-6-utk-2011-dh-smp.html”>Cek Nuffnang Ke 6 Utk 2011 Dh Smp

  2. bestnye guna potoshop. dni donlod tak dapat2 guna. sob sob

  3. BroZooL says:

    Mantap Tutorial ni NuriZ,saya dah try memang menjadi..thanx nuriz
    BroZooL recently posted..Cara Mudah Download Video Dari YouTube

  4. wah nanti nak buat lag kat gambar konvo! huhu

  5. muse says:

    wah teror ler nuriz buat. Memang ada amik coz photoshop ker?

  6. NikThoha says:

    Wah tutorial yang menarik..best main fotoshop kalau nak buat gambar2 jadi menarik..:)

  7. Mus says:

    mmg mantap tutorial ni… berjaya saya buat..
    Mus recently posted..Gambar Kemalangan Jalan Raya Di Kota Marudu

  8. zik says:

    belum buat lagi… mahu cuba juga..
    zik recently posted..Sampul duit raya kreatif dan unik 2011, korang dah ada??

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold