Cara/Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri makin hampir, berpusu pusu orang pulang ke kampung dan jalan dah mulai sesak petang tadi. Mood menyambut hari raya dah semakin dirasai. Setelah sebulan berpuasa bila tiba bulan Syawal maka berakhirlah Ramadhan. Di pagi raya umat Islam dituntut menunaikan solat sunat hari raya 2 rakaat. Lebih afdal dilaksanakan secara berjemaah.

Makna Aidil Fitri.

Dalam bahasa Arab Aid bermakna perayaan atau hari ulang tahun , manakala Fitri bermakna berbuka (makan dan minum). Maknanya pada 1 Syawal haram bagi umat Islam berpuasa. Hari Raya Aidilfitri jugak adalah hari kemenangan buat umat Islam bagi yang telah berjaya melawan nafsu sepanjang bulan puasa. Membersihkan diri daripada dosa dosa dan melakukan amalan yang baik di bulan puasa, mereka itu umpama bayi yang baru lahir.

Solat sunat hari raya yang sangat dituntut:

Di zaman Rasulullah s.a.w , baginda dan para sahabat akan melakukan solat sunat hari raya, dan ia umpama satu  perhimpunan besar.  Semua orang mengumpulkan ahli keluarga pergi ke masjid bersolat sunat hari raya. Wanita yang datang haid pun diminta ke tempat perhimpunan besar tu. Kalau saiz masjid kecil maka akan dibuat kawasan lapang bagi keselesaan jemaah.

Hadis Rasulullah SAW:

“Rasulullah SAW keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berhihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”

Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:

“Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan).”

Perbanyakkanlah takbir dimana-mana sahaja. Janganlah hanya bertakbir di masjid pada pagi Eid al-Fitri sahaja, kerana waktu takbir adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah solat Aidil-Fitri dimulakan.  Firman Allah Taala di akhir ayat 185, Surah al-Baqarah (pensyariatan puasa Ramadhan)

 

Amat lah rugi jika kita tidak lakukan sunat yang banyak kelebihannya ni.

Cara dan panduan nak solat sunat hari raya,

lafaz dan niat:

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Cara solat:

1. Niat ketika takbiratulihram.

2. Baca doa iftitah

3. Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih di antara satu takbir dengan takbir yang lain.

TAkbir dan Tasbih

4. Baca Al Fatihah dan surah

5. Rukuk, iktidal , sujud yang petama , duduk antara 2 sujud, sujud yang kedua dan bangkit dari sujud.

6. Berdiri betul untuk rakaat kedua.

7.Bertakbir sebanyak 5 kali  dan baca tasbih berselang seli dengan takbir.

8. Baca AlFatihah  dan surah.

8. Rukuk, iktidal, sujud , duduk antara dua sujud , sujud kedua dan baca tahyat dan bagi salam.

Cara dan Panduan Solat Hari Raya Korban/aidil adha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Cara/Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri”

  1. alhamdulillah..
    semoga dapat mlaksanakan ibadah-ibadah ini dgn sebaiknya..
    naimulfirdaus recently posted..bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa

  2. [...] Rukuk, iktidal, sujud , duduk antara dua sujud , sujud kedua dan baca tahyat dan bagi salam. Sumber http://nurizspace.com Share Tweet wordpress plugins and [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold