Bonus Setengah Bulan Gaji / Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam

Berita baik buat semua kakitangan awam, kementerian kewangan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 kpd semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 . Jugak berita baik buat pesara pesara, mereka akan menikmati RM 500.

Bila kerajaan nak bagi bonus untuk raya 2011 ni? Ok pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos ni iaitu sebelum Raya Aidilfitri. Semua pakat senyum senyum lebar ye. Senang hati sikit dah lama duk tunggu nak dapat bonus raya kan. Semoga dgn pemberian bonus ni dapat lah mengurangkan beban nak menyambut raya, nak beli barang barang keperluan, baju raya anak anak dan sebagainya. :)  Bagi yang mendapat minimum RM 500 tu, kalau dibelanjakan dengan cara berhemah memang sangat besar ertinya. Alhamdulillah.

Berita penuh dari bernama :

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

p/s : Berbelanja dgn berhemah dan berjimat cermat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Bonus Setengah Bulan Gaji / Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam”

  1. yas says:

    Alhamdulillah…pastinya ramai yg tersenyum girang dgn pengumuman ini…:)
    yas recently posted..Iklan kereta Jepun di Israel melanggar kanak2 Palestin

  2. Salam.
    Mesti semalam ramai yang tersenyum lebar ni sebab dapat bonus kan?
    Peniaga janganlah naikkan harga barang plak….. :(
    Baju Kurung Budak recently posted..Jual baju kurung cotton

  3. Mama Hanim says:

    rezeki tu, mesti ramai senyum meleret kan..hehe..

  4. Zue says:

    Hi,

    Memang suka tapi tak de sampai loncat2. Memang membantu sebab mmg budget saya tak cukup. Mmg this yr beli yang perlu2 aje. Kalau tak bonus ni pun tak dapat membantu klu belanja lebih2.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold