Biodata Liza Abdullah

Liza Abdullah 52, pelakon drama yang masih menten kejelitaan, orang kata dia artis yang nampak awet muda, wajah dia tak dimamah usia. Nuriz masih ingat lagi Liza Abdullah berlakon dalam filem Ali Setan jadi kawan baik Ogy ( Asmidar ) masa tu tahun 1985. Memang meletop betul filem tu. Ada beberapa lagi filem Liza Abdullah , seperti filem Marah marah sayang, Jejaka Perasan (1987), dalam filem Jejaka Perasan, Nd Lala jadi hero, ada Salleh Yaacob jgk. Pagar pagar Cinta thn 1986, Liza jadi kekasih kpd Nd Lala lagi. Dalam Marah marah sayang , dia jadi isteri kpd Shah Reza.

Liza Abdullah,  lahir pada 12 Julai 1962.Nama sebenar dia ialah Norliza bt Abdullah. Tak banyak jugak gosip yang kurang enak psl pelakon bermata besar ni. Macam burung hantu mata dia kan hehe… Semua cerita yang baik baik aje pasal Liza Abdullah.Sekarang pun dia banyak berlakon drama jadi watak emak.. :) makcik2, mulut kepoh..boleh le dia buat..memang mantopp..lakonan dia ok.

Maklumat lain pasal Liza Abdullah dalam bidang nyanyian..dia ada album sendiri bertajuk ” Semalam yang indah”. Liza pernah berduet bersama artis Safar Gafar sebelum ada album sendiri.

Tahun 1992 Liza muncul dgn album Terimalah Kami Kembali duet bersama Latiff Ibrahim. Album berikut ialah ” Samarenda” tahun 1998 dia berduet dgn Ringgo kumpulan Arrow. Lagu tu memang popular tahun 1998, memang suara Liza Abdullah dengar macam orang muda muda je. Album tu adalah gabungan 4 artis lain.

Gambar Liza bersama empat orang anak, sudah ada anak teruna berusia 25 tahun dan anak gadis berusia 21 tahun.

Anak Liza: Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Anak perempuan Liza, Naffiz

Lagu Liza Abdullah yang popular tahun 80-an ialah lagu Pesanan Terakhir dan Apalah Erti Rindu Ini.

 

Utk peminat Liza Abdullah :

Liza Abdullah duet dgn Ringgo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold