Biodata Jaslin Puasa a.k.a Akhie (Ramadhan Terakhir)

Jaslin Puasa salah seorang pelakon baru yang muncul di dalam drama Ramadhan Terakhir, memang orang tak berapa kenal dgn nama Jaslin Puasa ( bapa dia memang nama Puasa) . Kalau sebut nama watak Akhie pemandu kpd En Hisham dalam drama Ramadhan Terakhir tu mungkin ramai yang tau kan. Suara dia lantang dan suka bercakap pasal agama dengan Esma Daniel ( dalam drama tu).

Godek godek dan skodeng2 pasal Jaslin Puasa ni banyak jgk le Nuriz dapat info dan biodata psl dia ni. Sebelum jadi pelakon dia pernah jadi model dan masuk Hero Remaja 2007/2008 bersama pelakon Kamal Adli, Ammar Alfian (Tari Tirana) dan Fizo Omar. Tapi Jaslin ni tak memang sebab yg juara Kamal Adli..hehe!! sekarang dia nampaknya mengikut jejak langkah kawan2 dia dalam Hero remaja tu , terlibat dalam bidang lakonan plak.

Jaslin Puasa / Akhie (pelakon Ramadhan Terakhir)

Botak pun ensem ( teringat kat Botak Juvana) :)

Meh skodeng biodata Jaslin Puasa a.k.a Akhie Ramadhan Terakhir.

Nama  : Mohd Jaslin Puasa
Umur  : 24  Tahun
Tarikh lahir  : 26 Jun 1987
Asal    : Johor (Felda Sungai Mas Kota Tinggi)
Berat  : 68kg
Tinggi : 180cm
Kerjaya sekarang: model sambilan, pelakon dan  Junior designer di salah sebuah syarikat design antarabangsa yang beribu pejabat di Dubai.
Adik Beradik: anak kesembilan dari sepuluh adik beradik.
Model dalam video klip Farah Asyikin 2008, iklan Celcom,  finalis Hero Remaja 2007/08, berlakon dalam drama Ramadhan Terakhir.

Jaslin anak Felda yang kini sebagai model dan pernah jadi pelajar cemerlang Limkokwing.

Jaslin antara 3 pelajar cemerlang Generasi Baru yang pernah dapat anugerah Emas untuk Creativity and Innovation di majlis  graduasi Universiti Limkokwing. Anugerah tu disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Jaslin merupakan pelajar dalam jurusan Diploma Arkitektur dan Senibina (Interior Design). Rupanya Jaslin Puasa ni mendapat anugerah pelajar tebaik dalam  projek Generasi Baru , kumpulan pertama yang diberi idea oleh Najib Razak pada ketika tu untuk membantu pelajar anak-anak Felda menjadi kreatif dan berjaya. Ramai jgk pelajar yg asal dari Felda yang mendapat tajaan penuh, Jaslin antara ramai2 tu kini dah berjaya jadi pereka dan jugak  pelakon. Kiranya Jaslin ni asal dari Felda lah ye. Kini dah jadi model dan pelakon gitu…


Gambar Jaslin Puasa pegang kepala dia yang botak.. :)macam model orang kulit hitam lak..

semasa Jaslin jadi  finalis Hero Remaja 2008 (pakai topi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Biodata Jaslin Puasa a.k.a Akhie (Ramadhan Terakhir)”

  1. akubiomed says:

    Kenapa dahinya berkerut ketika ambil gambar. :-)
    akubiomed recently posted..Rawatan rel keretapi elektrik

  2. yas says:

    Jaslin Puasa???
    Huhhh…mmg den ketinggalan zaman arrr….
    yas recently posted..Wordless Wednesday

  3. uwa…sedih la cerita malam ni…..

  4. Errr ingatkan mahu cerita pasal ibadah puasa Jaslin.. Nama dia rupanya.. ahak ahaak… Nasib baik taak Jaaslin Raya :wink:

  5. nuriz says:

    kebetulan nama dgn bulan sama ye dak hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold