Pasti ramai mengikuti drama Ramadhan Terakhir slot Samarinda Tv3. Siapa kah yang pegang watak Puan Mazni yang bermulut lazer dan tak puasa di bulan puasa tu?..heheh!! Watak yang jahat yang dibawa oleh Fazlina Ahmad Daud adik kepada Ogy Ahmad Daud ni memang menjadi. Kalau tak jadi tak akan ada yang meluat..hhuhu!! Memang hebat lakonan watak jahat dia tu. Boleh ke Puan Mazni ni insaf nanti ye, tunggu kesudahan drama arahan pertama pengarah muda Ungku Ismail (pelakon Syurgamu Ramadhan) ni.
Mazni memang jahat dalam drama ni, tapi Fazlina yang bawa watak Mazni seorang yang peramah dan suka melayan peminat di facebook dan twitternya. Memang berbeza sangat dengan watak Mazni kan. Fazlina pun sendiri ada menulis dalam blognya, jangan tiru perangai buruk Mazni ye..korang cuma ambl pengajaran je heheh..!! betul2!!

Fazlina Ahmad Daud
Fazlina tak seaktif kakaknya berlakon tapi bakat yang ada dalam diri Fazlina atau lebih dikenali Baby Faz ni memang terserlah, kerana darah seni diwarisi dari ibunya, seniwati Saadiah dan kakaknya Ogy. Memang kita jarang tengok drama lakonan Fazlina ni, cuma ada beberapa drama lakonan beliau di Tv9 seperti Cita Cinta bersama Sharifah Amani dan Pak Kaduk (rtm) yg terbaru ni.
Fazlina lebih sibuk menguruskan perniagaannya di alam maya , dia ada gedung fesyen maya berjenama BabyFaz. Fazlina lebih minat dalam bidang fesyen dan gedung mayanya dilancarkan pada tahun 2009.
Kenapa OGY tak suka lakonan FAZLINA dalam Ramadhan Terakhir
Kerjaya lakonan Fazlina bermula pada tahun 1993, ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam drama MAt Gabrah. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan yang pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain tu Fazlina pernah terlibat dalam teater RAden Galoh dan Pelayaran Nur Atma.

Sedikit Biodata Fazlina Ahmad Daud
Umur: 36 tahun
Tarikh lahir: 5 Jun 1975
Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik
Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.
Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.
Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad 13.

Anak anak Fazlina
Lirik lagu Pompa Bensin OST Ramadhan Terakhir
Bioadata Jaslin Puasa (driver dalam Ramadhan Terakhir) +anak FELDA jadi model
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 senipis pensel dan seberat cawan kini pelancaran di MALAYSIA
August 5th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

suka tgk lakonan mazni.. kelakar la..
tak penah tgk lg citer ni…nnt nak tgk la…klu free la
saya suka gila tengok die berlakon dalam drama Mencari Azhara, alim dalam cerita tu. Cerita ramadahn terakhir ni pun suka jugak..
oo cerita tu tak dan nak tgk
singgah sini..
da besor2 rupanya anak2 dia… kahwin muda nih…
memang berbakat dia ni, mana tumpahnya kuah kan…
dia kawen lepas spm kot, muda lagi anak besar2 dah
umo 36 tapi muka cam 20an. owww jeles
hi nuriz..
just nak tny..
kenapa blog ni x pakai innity ek?
trafik blog ni mst layak pny nak apply..
oo kenapa saya tak pakai innity ye..saya masih suka/sayang status glitterati dari nuffnang
, dan satu lagi sebab kalau banyk sgt iklan orang tak tau nak pilih mana satu pulak , banyak persaingan le antara ikln2 tu.
owhhhh…
ptut laa..
blog ni rseny mmg lepas jgk klo nak apply..
now bru tau ape sebab x tukar..
rasanya orang pun tak suka kalau blog tu byk sgt iklan, lagipun org akan klik iklan yg menarik perhatian je kan
best arr tengok drama nie,banyak pengajaran yg boleh di ambik,,pastu klakar gilerr ngan watak cik puan mazni….
Malam ni skrip yang Mazni ucap buat sy gelak sangat ialah masa Kinah tu letak macam2 air atas meja..Mazni kata. … ni apa banyak2 air ni , ingat bufet ke apa..
aku tak kira le urat ke muhrim ke…!! suka ati dia je kan..haha!!
fav. character dalam ramadan terakhir..
manja2 tapi garang gak.. haha.
ap blog nyer..??nk taw3…hehe
http://babyfaz.9f.com/ web dia
[...] Fazlina Ahmad Daud -watak Mazni dalam Ramadhan Terakhir (biodata ) [...]
salam..suka tgk ramadhan terakhir…suka watak Mazni…sgt menjiwai watak…menghidupkan cerita ramadhan terakhir…rasanya dia la tunjang drama ni…syabas pada Puan Fazlina….plot2 sgt menyentuh jiwa…mlm tadi plot bersama Tasha (Sakinah)….menusuk kalbu