Biodata Awi Rafael Penyanyi Pulanglah

Pemilik lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ni ialah jejaka bernama Awi Rafael. Nama masih baru tapi sudah popular dengan singlenya Pulanglah. Awi mencuba nasib mengembangkan seni di Malaysia pulak setelah agak berjaya di Singapura. Muzik yang dibawa oleh Awi lebih kepada Pop Rock dan Balada. Awi kini sudah ada video klip baru bersama Neelofa pelakon Malaysia yang meningkat naik.

Awi Rafael

Sikit biodata Awi Rafael:

Nama penuh: Muhammad Namawi Ewan bin Gunawan Rafael

Umur : 25 tahun

Tarikh lahir : 23 Julai 1986

Pendidikan: Jurusan Undang undang dan Psikologi

Kerjaya Seninya: Semasa usia 20 tahun beliau sudah memperdengarkan suara di radio Singapura Brunei dan Indonesia.
Pernah menggangotai kumpulan ‘Bhumiband di Singapura. Merantau ke Australia untuk mencari pengalaman, pernah menjelajah bersama kumpulan Dewa dan Sheila On 7. Awi kini bernaung di bawah Warner Music.

Jenis Muzik: Pop Rock dan Balada

Lagu lagu Awi Rafael : Pulanglah, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas.

“Pulanglah” adalah single pertama Awi Rafael. Sebagai protégé Dimas (Hujan), Awi Rafael kini muncul dengan single pertamanya

“Pulanglah”. Senilagu dan senilirik oleh Awi Rafael sendiri, “Pulanglah” dikoordinasikan oleh Dimas sebagai produser.
Single yang disusun dalam rentak pop ini adalah berkisarkan tentang kisah cinta. “Pulanglah” merupakan luahan hati sang pencinta

yang menantikan kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.

Nama penuhnya sangat unik,keran  ibunya berasal dari Pontian Johor, bapanya dari Jakarta Indonesia. Awi mendapat pendidikan di Singapura.

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Biodata Awi Rafael Penyanyi Pulanglah”

  1. wear4kids says:

    first time tgk muak awi… sebelum nie kat radio jer.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold