Baca Al Quran Online Sambil Berinternet

Salam 1 Ramadhan, hari ni hari pertama umat Islam berpuasa. Moga moga kita memenuhi bulan puasa dengan kebaikan. Sambil beriternet atau berblogwalking pun boleh baca Al Quran. Hari ni Nuriz nak share sikit pasal Al quran online ni, nama website ni ialah Tanzil.net.

Website tanzil.net ni merupakan website yang menyediakan Al quran versi online memang lengkap dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa.
Boleh cari ayat mana, surah mana yang kita nak baca, sudah tersedia, surah surah dan juzuk dan halaman dalam web tanzil ni.
Tanzil jugak menyediakan lebih kurang 25 orang qari yang terkenal seperti Al Sudais, Al Ghamadi, Abdul basit dan lain lain.
Ada pelbagai bahasa terjemahan, selain  bhs Inggeris, bhs Melayu dan Indonesia.

Boleh adjust saiz font dan ukurannya. Nak lihat terjemahan,  kita bawa kursor je kat ayat tu nanti akan keluar le terjemahannya.

Mudah membaca quran sambil meneliti makna ayat ayat suci. Di samping tu jugak kita boleh dengar ayat ayat suci dibaca dan semak, boleh jugak kita memperbaiki bacaan kita. Berinternet sambil menambahkan lagi pahala di bulan puasa. Boleh jugak nanti jadi amalan seharian walaupun dah habis bulan puasa.

Sangat canggih teknologi masa kini, kita tak perlu lagi nak bawa al quran terjemahan yang tebal, dan kalau terlupa nak bawa ke mana mana, kat ofis ke, kita boleh buka je kat internet. Mudah je kan.

Tanzil.net

Selamat menjalani ibadat puasa kpd semua umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Baca Al Quran Online Sambil Berinternet”

  1. wrizuan.net says:

    menarik….smbl blogging kita boleh baca al-quran…:)

  2. [...] dengan mendengar bacaan al-quran di http://tanzil.net. WR dapat tahu pun daripada entri nuriz [ baca sini [...]

  3. titan says:

    aku yakin webite itu sangat membantu. :)

  4. zik says:

    sebelum nih pakai yang english punya.. sekarang nih ada bm punya..dah makin senang…
    zik recently posted..Kisah 1 ramadhan 1432 masihi (1st day puasa)

  5. Juan says:

    memang suka guna kemudahan online ni

  6. NikThoha says:

    Dengan adanya teknologi hari ini semua jadi mudah..:)

  7. APAN says:

    huhu…sebelum ni penah dpt quran full dlm bentuk pdf.smpai skang x baca lagi…tapi alhamdulillah masih simpan dlm inbox tu… :)
    APAN recently posted..Aksi Mendebarkan Seorang Jurugambar Di Grand Canyon

  8. Fitrihadi says:

    zaman sekarang tak ramai yang baca al-quran.. semua sibuk kejar duniawi je… adeh..
    .
    Fitrihadi recently posted..(Kelakar) Jenis-jenis Kuih Di Malaysia Yang Patut Korang Tahu! Hahaha…

  9. ada byk laman web yg sediakan perkhidmatan mcm ni skrg. Baguih betul. Cuma kawe harap JAKIM tolong pantau gak.. Mana ler tahu ada kesilapan2 yg tak sepatutnya.. Kita ni bukan tahfiz pon.. so kalu ada silap nanti tak sedar ehhh…

  10. anis alya says:

    bagus info ni. yang saya ada sekarang ni tak ada terjemahan dalam pelbagai bahasa. cuma boleh pilih audio saja atau audio dan baca. satu je qari yang baca ada terjemahan.

  11. Bie says:

    amat2 membantu……dah semakin mudah bila ada website sebegini

  12. it is an extra working and gives you a lot enjoy only for the peoples of the Muslim not the other one.

  13. FD says:

    sebelum ni saya suka baca quran dalam software “Zekr” yg boleh download utk both windows and linux, ataupun saya pi laman quranflash.. tanzil.net ni tak pernah try lagi lah~
    FD recently posted..#Cabaran – 6 Bulan Blogging, Namun Jadual Aku Anjal

  14. ohcikgu says:

    ini sudah bagus. Kena cuba nih..
    ohcikgu recently posted..(Video) Iklan Merdeka Raya Petronas 2011

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold