Baby Jelly, Crystal Jelly Bahaya Pada Kanak kanak

Baby Jelly atau crystal jelly yang orang gunakan untuk menyegarkan pokok hiasan dalam rumah dilarang penjualannya. Orang sebut jugak Baby Jelly/ crystal ball, benda ni boleh menyerap cecair dan bewarna – warni. Memang kalau tengok cantik dan menarik, budak budak memang suka ambil buat main atau lebih bahaya diorang ambil buat makan, tertelan dalam mulut. Sebab budak budak tak tau apa, ingatkan gula gula ke apa. Memang anak anak buah Nuriz pun suka ambil jelly ni kalau ada dalam bekas tanam pokok tu, nasib diorang tak telan.

Lepas ni tak nak guna dah la baby jelly ni untuk tanam pokok dalam rumah sebab benda ni bahaya pada kanak kanak.

Dalam berita menyatakan banyak aduan dibuat oleh Hospital Kuala Lumpur berikutan kes bedah terhadap kanak-kanak yang berumur sekitar 1 hingga 5 tahun disebabkan tertelan jelly ni.

Sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. – Bernama

Gambar crystal ball atau baby jelly buat tanam pokok hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Baby Jelly, Crystal Jelly Bahaya Pada Kanak kanak”

  1. akubiomed says:

    Jeli ini mudah mengembang jika terkena air

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold