Azazil Filem Seram Aksi 2012 – Lakonan Remy Ishak + Diana Danielle

Filem seram aksi adalah filem seram yang lain dari yang lain arahan Kabir Bhatia. Filem ni dikatakan tidak seperti filem hantu lain di Malaysia, yang tiba tiba muncul hantu. Kabir Bhatia kata filem ni ada menggunakan sikit teknik CGI dan tidak terlalu straight forward. Mungkin Kabir Bhatia nak buat suspen macam dia buat dalam Nur Kasih The Movie, yang orang teka lain rupanya jadi lain.

Filem ni berlatar belakangkan tahun 1945 (waktu zaman Jepun) dan kalau tengok pakaian para pelakon, seperti Diana Danielle yang lusuh dengan kain batik, tu menunjukkan latar masa cerita tu. Remy Ishak pulak berambut panjang demi melakonkan watak dalam filem Azazil ni. Masih lagi hensem :).

Pelakon perlu jugak melakonkan aksi lawan dan pertarungan. Penduduk kampung masa tu semuanya bercakap bahasa baku sebab di zaman 1945. Pernah tengok filem Embun kan? ..lebih kurang gitu le kot..

Azazil mengisahkan tentang sebuah kampung yang diganggu oleh seekor makhluk, bukan makhluk asing :). Kena tunggu nanti tahun depan ditayangkan.

Para pelakon lain yang turut sama berlakon dalam filem ni ialah  Umie Aida, Dira Abu Zahar dan Sharnaaz ( Ungunya Cinta). Menurut Sharnaaz, dia melakonkan watak yang bernama Atan, seorang yang dengki dan cemburu. Atan nak sangat jadi ketua dan perasan dia saja yang hebat dan kuat berbanding orang lain. Memang kena le watak jahat dengan Sharnaaz ni kan..

Remy Ishak pulak bawa watak pemuda kampung yang baik hati, berbudi bahasa dan diangkat menjadi jaguh kampung. Ini membuatkan perasaan dengki Atan yang membuak buak terhadap lawannya.

Diana Danielle membawa watak sebagai Aishah gadis kampung, mungkin akan menjadi rebutan dalam filem ni (Remy dan Sharnaaz). Selalunya akan ada kisah cinta / atau cinta 3 segi barulah nampak menarik lagi.

Diana jugak terpaksa berlari dalam hutan dan bergelut dalam semak tebal. Memang memberi cabaran buat Diana yang berkulit halus mulus ni.

Ni gambar Diana Danielle dalam Azazil bersama pelakon Remy Ishak dan Sharnaaz.

Masa tayangan dan sinopsis penuh Azazil akan diupdate kelak.

Azazil terbitan: primeworks studio dan  filmscape, Lokasi banyak dibuat di Ulu Yam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Azazil Filem Seram Aksi 2012 – Lakonan Remy Ishak + Diana Danielle”

  1. APAN says:

    diana daniele… :)
    APAN recently posted..Puasa Yang Berkat

  2. duan says:

    tak sabar nak tengok. Ada yg bgtau cerita ni byk twist. Yg jahat sebenarnya tak jahat. Shaanaz mugkin baik. Remy ishak sebenarnya adalah makhluk yg menyerang kampung tu. Ada scene di mana diana danielle terpaksa melarikan diri dpd org jahat dalam hutan. Memang saspen… Teknik cgi dibuat utk tunjuk perubahan yg berlaku pd remy ishak yg bertukar mmenjadi makhluk tu…scene lagi best bila remy dan shaanaz bergaduh…tapi yg best cerita ni tak mcm cerita seram jpb

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold