Anak Sosilawati Erni Dekritawati Nikah Lepas Raya

Anak sulung pengasas kosmetik Nouvelle Visages arwah Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati bakal bernikah lepas raya nanti. Jejaka pilihan hatinya itu ialah pegawai berjawatan penting di kementerian di Putrajaya. Ini menghentikan spekulasi dan gossip mengenai kisah cinta Erni dengan beberapa pemuda sebelum ini.

Erni atau Rita sudah mendapat restu dari keluarganya mengenai hubungannya dengan jejaka pilihan hati. Rita ditemui oleh media di kampungnya di Sri Menanti, Sri Medan, Batu Pahat Johor.

Suasana sambutan hari raya di rumah keluarga ibunya di Batu Pahat tetap meriah kerana kepulangan Rita ke kampung menyambut hari raya dan menyiapkan persiapan menyambut lebaran. Ibunya arwah Datuk Sosilawati sebelum ini selalu pulang ke kampung dan rajin masuk ke dapur untuk memasak lodeh dan jugak rendang.
Keluarga arwah akan membuat majlis  tahlil pada hari raya pertama dan kedua beserta rumah terbuka seperti tahun tahun sebelumnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold