Tutorial Photoshop hilang kedut dan jerawat (video)

Hari ni hari rajin saya nak buat tutorial photoshop hilang kedut dengan video sekali..haha!!  Kalau dulu saya pernah buat tutorial cantikkan wajah untuk hilangkan jerawat , tuorial tu banyak benda nak kena guna contoh guna clone stamp, gaussian blur dan sebagainya. Kali ni kita guna healing brush pulak, mudah dan cepat je. Tak payah guna banyak tool dalam tu. Cara ni saya guna healing brush.  Cara ni pun boleh guna untuk hilangkan jerawat dan parut. Wahh !! sudah hilang kedut muka Brad Pitt ni.

Cara -cara :

1. Buka gambar yang nak diedit tu. Buat satu layer baru atas layer gambar tu.

layer baru

2. Di Spot healing brush > pilih bawah spot healing tu > healing brush

healing brush

3. Set option bar atas tu, di Aligned Sample > All Layers  (kotak Aligned tu biar uncheck)

4. Sekarang kita boleh mula brush, Zoom In gambar kalau gambar tu kecik, mudah kita nak edit nanti. Ctrl + untuk zoom in dan ctrl – utk zoom out.

5. Tekan jangan lepas (hold) key Alt  untuk ambil sample tone warna. Lepas tu brush kawasan kedut tu. Ambil tone warna yang dekat/hampir dengan kawasan nak brush tu.

Boleh tengok video kat bawah ni heheh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Tutorial Photoshop hilang kedut dan jerawat (video)”

  1. akubiomed says:

    Wah mahir buat edit foto. Musykil kenapa Brad Pitt dipilih sebagai subjek :-)
    akubiomed recently posted..Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

  2. nuriz says:

    takda sebab apa le brad pitt tu haha, saja2 je

  3. Nuriz ni memang serba boleh…. :)
    Saya dah tak boleh guna photoshop, tak ingat semua ni. :D
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Your best blogging advice

  4. patch tool apa fungsinya?

    • nurizspace says:

      patch tool sama jugak dgn healing brush atau clone stamp, nak match kan tone atau tekstur gambar

  5. muse says:

    wow hebat jugak nuriz ni pakar photoshop hehe

  6. zik says:

    terima kasih tutorial nih.. nanti buat yang lain lagi ek… owh jangan lepas ek.. kena hold..
    zik recently posted..Update status facebook, bila geng2 angry bird main fb

  7. Tips yg merbahaya nihhh.. Buat kawe sentiasa muda di alam siber.. :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold