Tutorial Photoshop : Buat Glow Effect Pada Gambar

Kembali lagi dalam tutorial photoshop hehe..kali ni kita nak belajar cara cara nak buat glow effect pada gambar atau objek. Tanpa perlu guna cara yang lebih canggih atau software lain, kita cuma perlu ada photoshop saja. Mudah je cara nak buat.

Tengok gambar hasil dari effect glow ni.

Contoh yang Nuriz dah buat, gambar kat bawah ni gabungan 2 jenis efek, iaitu glow dan satu lagi efek gambar hitam putih bewarna.

Kalau nak belajar cara nak gabung gambar bewarna bersama hitam putih lihat tutorial yg lepas.

Effect glow ni seolah olah ada gelung yang melingkari badan model dalam gambar ni. Meh kita tengok step/cara cara nak buat:

Sekarang saya guna gambar yang lain pulak, utk gambar ni saya buat dua gelung yang ada effect glow :)

1. Buka gambar yang nak diedit tu. Buat copy ( ctrl +J)

2. Buat Layer baru ( new layer)

Ambil pen tool > Paths  (tgk imej bawah)

3. Buat gelung / coil dengan Pen tool tadi ( boleh tengok video nanti cara nak buat gelung dengan pen tool). Tandakan gelung/lekuk2.

4. Pilih Brush > set kan size yg sesuai dan tandakan shape dynamic ( pen pressure) dan smoothing.

5. Kembali ke Pen tool semula, Right click pd gambar , pada pilih stroke path. Keluar satu box, pilih Brush dan OK.

Cara nak set kan color brush.

6. Color Brush boleh tukar ikut suka. Klik kat warna > pick color yang nak. Right cklik atas gambar tadi> Stroke paths > Brush dan ok.

Atau boleh setkan color brush sebelum kita buat pada awal2 langakh 1 . Kalau terlupa nak set color, boleh buat yang cara di no 6 ni .

Hilangkan guideline target paths.

7. Jika dah puas hati dengan stroke paths tadi, boleh le buang guide line path tu. Caranya, Right click atas gambar dan pilih delete paths.  Cara lain, View> Show> Target Paths. (tgk video)

Cara nak buat glow effect pada gelung tadi.

8. Right clik > Blending Option. Gunakan kreativiti sendiri nak letak efek glow.

Saya pilih Drop shadow, set color shadow, qualiti contour saya pilih Half round.

Saya pilih jugak Outer glow, set kan color outer glow (yellow atau white). Blend mode saya pilih screen mode.

Inner Glow, Blend mode screen, Quality contour, Linear.

Di step yang ke 8 ni korang boleh adjust ikut kreativiti sendiri, boleh cuba cuba effect yang lain dan lihat sendiri hasil pada gelung tadi.

Add Layer Mask

9. Setelah dah siap effect shadow pada gelung tadi. Tinggal nak buat gelung tu seolah -olah  berputar putar di sekeliling objek.

Buat Add layer Mask. Brush yang sesuai, (pastikan korang berada pada layer mask sekarang) so brush lah kawasan yang tak nak. Buat seolah olah ada pusingan kat objek tu. ( Boleh tengok video nanti).

Saya guna brush untuk padam kawasan yang tak nak.

Kalau nak buat gelung / coil lebih dari satu, gunakan layer baru. Ulang je step 1-9.

Ok, kalau nak jelas boleh try tengok video ni

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Tutorial Photoshop : Buat Glow Effect Pada Gambar”

  1. menarik ehhh… napa ler kawe tak guna dulu masa buat advertising.. hmmm…

  2. apikpehe says:

    hehehe..apik nk belajar jugak ni

  3. akubiomed says:

    Buat glow ini banyak kerja sedikit tetapi hasilnya mengkagumkan. Saya pernah buat kesan khas pedang StarWars http://ow.ly/5M1jH

  4. shameel says:

    Trima kasih nuriz sbb sediakan tutoial photoshop cni. dpt juga sy tambah ilmu photoshop

  5. GreenApple says:

    cantik…tapi kena banyak kesabaran nak buat ni…

  6. BroZooL says:

    Satu tutorial yang baik ni nuriz..thanx
    BroZooL recently posted..Meringankan, menjimatkan dan mencuci storage harddisk anda

  7. Mus says:

    thanks ya.. baru tahu mcm mana nak buat glow ni..
    Mus recently posted..Tiket Balik Raya Dah Settle, Tapi..

  8. Bie says:

    Nice sangat…. :)

  9. wrizuan.net says:

    nice tips…betul la kena byk kesabaran dan kena ambil waktu yang lapang utk buat nie..thanks share..:)

  10. Ali ridha says:

    ilmu photoshop ni tak banyak.
    kena tambah ilmu lagi.
    Ali ridha recently posted..Tiba bulan Ramadhan 1432H

  11. Bie says:

    nice info….blm pnh lagi wat mcmnih hihi…
    mau ksabaran gak ni :)

  12. Amirez says:

    macam ni rupanya nak buat. thanks for da tutorial.
    erk..terkurus lak pahala puasa hari ni :P
    Amirez recently posted..Insaflah Wahai Pembaling Mercun

  13. cemomoi says:

    menarik tapi tak reti la guna program ni

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold