Tragedi Serangan Bom di Norway (Negara aman tangga ke- 9)

Norway disenaraikan sebagai negara aman ditangga ke 9 di ranking GPI ( Indeks Keamanan Global), tapi hari ni berita yang agak mengejutkan, pejabat Perdana Menteri di tengah tengah bandar di Norway telah diserang bom dan beberapa siri tembakan berkembar, yang  mengorbankan 91 orang.

Serangan tu paling terburuk berlaku di Norway lagi lagi Norway telah dianugerahkan Nobel Keamanan. Di tempat serangan itu, terdapat beberapa besi bengkok dan serpihan kaca dan kertas kertas bertaburan dari bangunan. Perdana Menteri (PM) Norway selamat kerana berada di rumah. Bangunan PM setinggi 20 tingkat mengalami kerosakan pada kaca tingkap akibat serangan tu.

Polis enggan mengulas lanjut dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi dari serangan itu. Banyak laluan jalan telah ditutup, wartawan yang berada di tempat kejadian melaporkan , bangunan bergegar selepas letupan kuat berlaku. Dia nampak mangsa berlumuran darah di jalan dan ada jugak kenderaan yang terbakar rentung.

Susulan dari letupan bom, seorang lelaki berusia 32 tahun warganegara Norway telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan belia yang menyertai perkhemahan parti pemerintah di Pulau Utoeya island, yang terletak di barat laut Oslo. Serangan berganda ni mirip penyerang Al Qaeda tapi penganalisis mendakwa ia mungkin dilakukan oleh militan sayap kanan, lapor reuters.

Laporan TV2 di Norway dan akhbar Dagbladet mendakwa lelaki berusia 32 tahun, bernama Breivik adalah kumpulan pelampau berhaluan kanan berdasarkan akaun Facebook peribadinya. Suspek melepaskan tembakan ke arah kem remaja musim panas Utoeya dan sekurang kurangnya 84 terbunuh.

Pihak berkuasa menyatakan letupan di oslo mungkin menggunakan lebih dari satu butir bom, kerana menemui beberapa bahan letupan di tempat kejadian.

Negara aman seperti Norway pun boleh berlaku serangan yang tak diduga. Ini boleh la kita ibaratkan dalam air yg tenang jangan disangka tiada buaya. Boleh jadi jugak sesuatu yang tidak ada apa apa, macam bom jangka yang tak dapat kita teka apa dan di mana ia berlaku. Semua kejadian ada sebab dan musababnya. Ada punca dan akibatnya.

Mungkin ada iktibar yang kita boleh ambil dari kejadian ini.

Malaysia sekarang berada di tangga ke 19, tahun 2010 di tangga ke 22. Kita tengok sikit ranking GPI Indeks Keamanan Global ni.

Tangga pertama ialah Iceland dan kedua ialah New Zealand. Penunjuk ini telah dipilih oleh panel antarabangsa, ahli akademik, ahli perniagaan dan lain lain dari tempoh bulam Mac 2010 hingga Mac 2011.

Harap harap Malaysia aman dan tidak berlaku kejadian yang tak dingini.

Video Oslo explosion

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Tragedi Serangan Bom di Norway (Negara aman tangga ke- 9)”

  1. muse says:

    kesian Norway gua turutsimpati dengan negara mereka harap2 bukan kerja Al-Qaeda

  2. kesian lak kawe tgk… dah nasib org sana.
    Btw, sapa ler buat rankin tu?

  3. APAN says:

    tersenarai dlm top 10…tpi nak wat cmne.mende dah jadi gak.huhu….cuma smpai hari ni sy x paham lagi motif… :)
    APAN recently posted..Pendekatan Positif

  4. akubiomed says:

    Memang terkejut ketika membaca mengenai jumlah kematian yang agak tinggi.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold