Terkini Bersih 2.0 -10,000 penyokong Bersih Berarak, Keadaan Tegang

Laporan sekitar pukul 2 ptg ni, penyokong2 Bersih 2.o semakin mara dan bangkit walaupun pihak polis melepaskan tembakan meriam air dan ini nampaknya gagal menghalang kemaraan penunjuk perasaan, ada yang pulih semula dari kesan gas pemedih mata. Pihak polis terpaksa menggunakan lagi gas pemedih mata ke arah peyokong Bersih yang tak mahu mengalah dan berundur. Polis nampaknya terpaksa mengheret penyokong Bersih yang degil. Ada yang dilaporkan cedera di kepala. Mungkin disebabkan di KL sekarang tengah hujan, ramai penunjuk perasaan terkena asap pemedih mata pulih semula.

Update Video Berita/liputanĀ  terkini Bersih 2

Marina Chin dan Ambiga ditahan UTK

Sasterawan Negara A Samad Said baca puisi Unggun Bersih pun kena tahan

KPN – Jumlah penyokong Bersih hanya sekitar 5,000 atau 6,000 aje

Gambar bawah sekitar Masjid Jamek, kelihatan penyokong Bersih 2 semakin ramai

Kira kira 10,000 orang penunjuk berarak di sekitar Puduraya menuju ke Menara Maybank. Sekurang kurang nya 5 lokasi menjadi tempat berhimpunĀ  Bersih 2.0. Kawasan itu ialah Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

Sekitar jam 1.44 ptg tadi , trak meriam air melepaskan tembakan cecair kimia dan berwarna biru. Ada yang menumbuk – numbuk trak air dan enggan bersurai.


Petaling Street

h

Video sekitar Petaling Street

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Terkini Bersih 2.0 -10,000 penyokong Bersih Berarak, Keadaan Tegang”

  1. [...] Bersih 2, Video you tube Bersih 2 9 julai « Perarakan Bersih 2.0+ Gas Pemedih Mata Digunakan Terkini Bersih 2.0 -10,000 penyokong Bersih Berarak, Keadaan Tegang » You can leave a response, or trackback from your own site. nuffnang_bid = [...]

  2. yas says:

    Uisshh…semak tul laa….kasi bersih jerr sumer tu…hehehe
    yas recently posted..Budak kecik ke hape nih?

  3. lebih baik depa tu pegi buat usaha memakmurkan masjid/surau yang fenomenanya sepi dari amalan agama….smg kte smu dbri hdyah…

  4. Assalam.. Bismillahirohmanirohim.. ketahuilah pemimpin BN iaitu pemimpin Umno dah rosak dan rakyat akan rosak sepenuhnya jika mereka masih mentadbir negera tercinta ini. Tolonglah selamatkan tanah air kita. singkirkan mereka. seandainya tuan rasa mereka bagus…. cuba kaji, selidik.. baca banyak sumber maklumat/akhbar2 pembangkang. betapa pembaziran,kerosakan akhlak dan banyak lagi semakin teruk dan terus berlaku…. tolonglah.. sebelum ALLAH SWT menghukum kita.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold