Telenovela Bella Calamidades Tv3 + Sinopsis Penuh

Telenovela baru Bella Calamidades akan ganti Marimar. Telenovela ni sudah popular di banyak negara, sudah lebih
dari 90 negara yang menayangkan cerita Bella ni. Telenovela ala ala Cinderella , bertajuk Bella Calamidades ni mengisahkan seorang wanita yang cantik  bernama Lola, yang merupakan  orang buangan dari bandar tempat tinggalnya, yang dikuasai oleh kepercayaan karut.

Kalau tak salah cerita ni ada 14o episod, ending/kesudahan cerita Bella ni dah ada kat you tube. Apa makna Bella Calamidades? Maknanya cantik tapi tak bernasib baik.

Bella Calamidades

Sinposis:

Orang kampung kat tempat Lola tinggal ni percaya yang Lola ni membawa nasib malang kepada semua orang.  Kat mana dia pergi atau kat mana dia ada mesti ada je masalah atau orang pangil bawa sial.  Lola ni pun lari membawa diri. Apabila orang tahu tempat persembunyian dia, Lola pun kembali ke bandar asal dia tu.
Akhirnya satu peristiwa ganjil telah berlaku kepada Lola, yang  membawa kepada tragedi. Lola sedih  dan takut apabila kehidupannya kini di  di tangan penduduk kampung.  Lola amat berharap suatu masa nanti ada cinta dari seorang lelaki  yang baik hati  dapat mengubah hidupnya. Tiada siapa yang percaya kepada Lola selain lelaki yang mencintai sepenuh jiwa raya terhadapnya.

Ok panjangkan sikit sinopsis ni, biasala kan dah cerita ni episod dia beratus ratus, dari kecik punya cerita sampai dewasa..hahah!!
Nama dia Dolores tapi sejak kecik dipanggil Lola,  ibu dia meninggal semasa melahirkan dia, pastu bapa dia lak meninggal masa dia umur 11 tahun.

Lola ni  jadi anak yatim, so dia dijaga oleh Makcik Marta yang kejam, dia kena buat keje mcm orang gaji. Lama dia duk kena dera je dengan makcik kejam ni, maka dia pun lari ke kampung dia dan bersembuyi kat tanah perkuburan. Dasatt tempat persembunyian dia ni..siang2 di menyorok, malam dia keluar..orang payah nak jumpa la kan.
Sampai masa dia pun bertemu le dengan hero dia Marcelo, yang gagah lagi ensem..hehe..

Marcelo jatuh hati le dgn Lola, orang kampung pun iri hati le bila nampak Lola dengan Marcelo ni. Lola telah diambil untuk tinggal  dengan keluarga Lorenza Machado, kat sana ada dua orang musuh bernama Priscila and Silvana yang selalu menyakiti hati Lola, dan cuba menyingkirkan Lola dari keluarga itu. Tapi helah  mereka berdua ni tak berjaya sebab Lola ni baik hati penyabar dan bijak.
Marcelo pulak ialah orang kaya yang hensem, pandai main gitar dan disukai oleh ramai wanita termasuk le Priscila, sepupunya. Marcelo ni dah ada teman wanita tapi akhirnya dia jatuh cinta dengan Lola. Adakah Lola akan bahagia bersama Marcelo? Tengok nanti kat tv okey!!

Demam Bella pulak akan melanda…
Saksikan Bella Calamidades di Tv3 19 Julai menggantikan telenovela Marimar. Tonton di tonton.com.my  secara online.

Pelakon pelakon dan watak utama dalam Bella Calamidades
Danna Garcia sbg Dolores “Lola” Carrero
Segundo Cernadas sbg Marcelo Machado

Episod akhir (ending Bella Calamidades) episod 140

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Telenovela Bella Calamidades Tv3 + Sinopsis Penuh”

  1. EDtv says:

    macam best cerita ni.. ED nak tgk!

  2. wadud says:

    pergh..
    citer omputih.. tapi masalah cinta cintun lak..
    huhuhuh

  3. zik says:

    baru ker nih.. kalau petang2, tak sempat tengok cerita nih…
    zik recently posted..Ramalan anda arsenal vs malaysia 13 julai ini!!

  4. Jai says:

    Aku TV pun x sempat nak layan sebab sibuk ngan kerja skrg..hu3

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold