Tarikh Perbaharui Lesen Sama Dengan Tarikh Lahir

Pihak JPJ sedang meneliti cadangan pihak kerajaan untuk menjadikan tarikh lesen perbaharui memandu sama dengan tarikh lahir pemandu bagi menyelesaikan masalah pemegang lesen lupa nak perbaharui lesen memandu. Jika cadangan ni betul betul dilaksanakan, adakah dapat selesaikan  masalah nak perbaharui lesen memandu ni?

Lupa lupa lupa..masalah lupa ni ada banyak jenis lupa, lupa nak tutup air, lupa nak tutup suis lampu, lupa tutup pintu..macam macam le jenis lupa, lagi satu kalau berhutang lupa bayar..emm ada tak kalau dia buang air besar, dia lupa nak basuh..haha!! parah kan kalau asyik lupa je ni. Apa ubat nak hilangkan masalah lupa ni ye?

Rekod JPJ juga menunjukkan, trend memperbaharui lesen memandu adalah 47 peratus (2.7 juta orang) untuk tempoh setahun; 31 peratus (1.8 juta orang) tempoh dua tahun; 18 peratus (1.1 juta) bagi tempoh tiga tahun manakala lima peratus atau 265,264 orang bagi tempoh lima tahun.

Tanggungjawab sendiri

Bagi kes lupa nak perbaharui lesen memandu ni, memang benda ni adalah terletak atas tanggungjawab pemandu tu sendiri, diri sendiri patut kena ingat,  kena buat catatan, set tarikh dalam hp ke, catat kat mana mana, baru tak boleh lupa. Kena pikir sendiri le. Ada inisiatif sendiri.

Orang tua yang lanjut usia mungkin antara yang mudah lupa, ayah saya pun dia tak ingat roadtax motor dia bila tamat tempoh, tapi takpe le sebab polis tak tahan dia hehe..sebab polis selalu tahan orang muda yang disyaki mcm mat rempit. Kadang kadang kami ni sebagai anak anak..kena tengok lesen dan roadtax orang tua,  bila tamat tempoh, dan tolong perbaharui semula.

Kalau orang yang muda muda ni dah lupa nak renew lesen, kadang2 bertahun tahun tak ambil peduli. Tengok tengok dah lebih  tiga tahun dia tak peduli, silap silap kena ambil ujian sekali lagi..parah..Alasannya, sibuklah, takdak masa lah, kerja banyak, yang tu yang ni..akhirnya lupa sampai 3 tahun. Nasib baik dia tak lupa pakai baju bila keluar rumah..heheh!!

Nak guna tarikh lahir sama dengan tarikh renew lesen?

Bagi yang muda muda atau golongan bandar ni mungkin selalu jadikan tarikh lahir sebagai tarikh penting, tiap tiap tahun ada sambutan special, sambut dengan orang tersayang, sambut dengan awek, dgn pakwe dgn mak ayah kan..mungkin cadangan ni berkesan le. Tapi apa kata.. dia cuma ingat hari jadi dia je, dia cuma ingat apa hadiah orang nak bagi je..TAPI dia still lupa atau tak ambik kisah hal lesen memandu dia. Apa jadi? Hahaha!! tak selesai masalah jugak kan.

Bagi orang kampung, dan sesetengah golongan ada yang tak ambil peduli pun tarikh hari jadi ni. Mak saya..kalau sebut pasal harijadi..dia tanya balik  bila jadinya? tau ke bila kita jadi dalam perut? heheheh..tak tau le mak…kadang kadang je kalau rajin buat le sikit kenduri makan. Kalau nak tiup lilin tu..emm janganle..bukan budaya kita tu tiup2 lilin.

Memandangkan pihak JPJ kata ada ramai sangat masalah pemandu tak renew lesen mereka bertahun tahun, apa cadangan yang lain di samping nak buat tarikh renew lesen sama dengan tarikh lahir tu ye?

Denda? siapa tak renew lesen kena denda, rasanya orang bayar je denda tu kalau memang betul depa lupa.

Buat reminder sms/ atau call macam Astro buat kalau tak bayar bil?  haha!! Pihak Astro memang rajin kan kalau orang lambat bayar je, mesti depa call kerap. Nak duit le katakan. Apa kata JPJ buat camtu gak..hehe!!

Mungkin selesai masalah.

Bagaimana sistem renew lesen mengikut tarikh lahir

Orang ramai hanya perlu perbaharui lesen apabila tamat tempoh lesen, tak perlu berebut untuk menukar tarikh renew lesen memandu jika masih belum tamat tempoh.

Contoh: Jika lesen tamat tempoh pada bulan Januari depan, tetapi  tarikh lahir orang tu ialah bulan Mei, pemandu hanya perlu renew lesen pada bulan Januari (iaitu pada masa tamat tempoh ) . Tarikh tamat tempoh akan ditetapkan sama dengan tarikh lahir pemandu iaitu bulan Mei.

Bayaran bagi contoh di atas. Bayaran masih RM 30 jika tempoh bulan Jan – Mei (belum cukup 6 bulan).

Jika tarikh lahir orang tu bulan Okt ( lebih dari 6 bulan) maka bayaran akan dikenakan lebih sikit iaitu tambahan sebanyak RM 15.

Pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Tarikh Perbaharui Lesen Sama Dengan Tarikh Lahir”

  1. ada denar kat hot fm smalam macam2 diorang tak setuju hehe

  2. kiko zakura says:

    ok gak 2..tp mcm saya ni lahir 1 may,confirm la xleh renew ari 2 kan

  3. akubiomed says:

    Jangan lupa hari lahir sudah :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold