Sinopsis Supermak Tv3

Sebuah drama baru Supermak lakonan Nasha Aziz akan mula menemui penonton pada 25 Julai, jam 9 malam ganti drama popular Juvana. Boleh ke Supermak ni dapat rating tinggi macam Juvana. Supermak ni macam cerita komedi keluarga je. Ada pulak pelakon hebat macam Nasha Aziz..emm mungkin boleh kot dapat rating tinggi, budak budak suka le cerita ala ala super ni. Para pelakon lain dalam drama Supermak ni ialah Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris dan Azhan Rani.

Nasha Aziz bertopeng dalam Supermak

 

 

Nasha Aziz dalam Supermak




Kenapa pilih Nasha Aziz jadi Supermak..sudah pasti kerana badan dia lawa..haha!! langsing tinggi lampai, berkarisma, tinggi Nasha Aziz ialah 175 cm.

Sikit biodata Nasha

Lahir 14 Mei 1971

Nama sebenar : Noraishah Abd Aziz

Asal : KL

Memulakan kerjaya sebagai model sekitar tahun 1989, dia digelar supermodel Malaysia, Nasha mula berlakon tahun 1995 dalam filem Kad Cinta. Pernah menang Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM ke 14 menerusi filem Bara.

Sinopsis Supermak

Supermak mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) yg jugak surirumah sepenuh masa ada kuasa dan kekuatan luar biasa ( kira cam superman lah ni). Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau.

Neneknya yang bernama Thani dulu pernah selamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tetiba ia bertukar jadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.

Amy sudah berkahwin dan suaminya seorang polis, mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril.
Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu muncul lah Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur yang mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ni ditakuti oleh semua orang sebab ada kuasa api yg kuat. Kiranya dalam Supermak nant korang leh la tengok Nasha bertarung dgn Zul Yahya..hehehe!!

Akan muncul lagi beberapa watak yang ala ala X men dalam Supermak ni iaitu watak Camelia yg ada kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang nak berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar telah bersatu untuk berlawan dgn Amy.

Watak komedi lain dalam Supermak ni ialah Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

Nampaknya cerita Supermak (13 episod )ni lawak jugak kan. Tunggu 25 hb Julai di Tv3.

Promo Supermak di you tube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Supermak Tv3”

  1. Ala kenapa pelakon lelaki macam tak hot je…huhu. Klau amik yg gagah hensem kan best…

  2. titan says:

    ho..kena tengok nih. mesti macam best cerita ni..
    titan recently posted..Komisen pertama dari TipsPTD.com

  3. akubiomed says:

    Dah berlakon watak ibu bila pula Nasha Aziz nak membina mahligai dah ada anak sendiri?
    akubiomed recently posted..Langkah Pertama Baby Aslah

  4. Eddy Dce says:

    dh lame x tgk nasha aziz nih berlakon….cam juvana lgi best je…haha….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold