Sinopsis Ramadhan Terakhir

Sebuah drama baru di Slot Samarinda di bulan Ramadhan nanti bertajuk Ramadhan Terakhir akan menemani peminat drama melayu di tv3 pada 26hb Julai 2011. Para pelakon dalam drama ni ialah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.

Biodata Fazlina Ahmad Daud (yg pegang watak Mazni)

GAMBAR Eyka Farhana dalam Sejadah Kaabah dan Juvana

KENAPA OGY TAK SUKA lakonan adiknya FAZLINA (watak Mazni)

Sinopsis Ramadhan Terakhir

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Antara pelakon baru tapi yang jarang dilihat ialah adik kepada Ogy Ahmad Daud, iaitu Fazlina Ahmad Daud. Dia membawakan watak antagonis, isteri yang tak insaf2, bermulut puaka..huhu mesti penonton akan benci dengan watak Mazni ni.

Lagi pelakon cute remaja berbakat, Eyka Farhana yg dulu berlakon dalam Sejadah Kaabah dan Juvana jugak ada dalam drama ni.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold