Sinopsis Laila Manja Slot Lagenda di Tv3

Sebuah drama baru Laila Manja akan menemui peminat di Slot Lagenda tv3 jam 4 petang, 25 Julai ni. Dibarisi pelakon yang hebat hebat seperti Puteri Sarah Liyana, Iqram Dinzly, Elly Suriati, Dato Jalaluddin Hassan, Amar Baharin, Nabila Huda dan Zul Arifin. Dalam cerita ni Elli Suriati nampaknya memegang watak sebagai ibu tiri yang jahat. Memang kena gaya le kan, Elly kalau berlakon memang buat sungguh sungguh punya. Watak Laila Manja masa kecil dalam promo drama ni macam ada pelakon adik kepada Elfira Loy, kalau tak salah Nuriz la, Ezlisa Loy, dia jadi Laila masa kanak kanak kena dera dgn mak tiri.

HANGAT: SIAPA pelakon Laila Manja yang ditumbuk, dan dicekik kekasihnya baru baru ini?

Ok Sinopsis Laila Manja Laila Manja semasa kecil sudah kematian ibu(lakonan Liza Shadan), kemudian bapa  mereka berkahwin dgn Mastura( Elli Suriati). Bapa mereka kesian sebab Laila dan Manja ni sunyi kerana sudah kehilangan ibu, jadi bapa mereka mengharapkan dgn kehadiran Mastura dapat le menumpahkan kasih sayang sbg ibu. Malangnya Mastura ni jahat rupanya. Mastura ingin mendapatkan kuasa istimewa dari mereka. Rupanya Laila ni boleh melihat masa depan, manakala Manja pulak boleh tau tentang masa lampau. Haha!!..hebat hebat..ada kuasa sakti lak.

Ibu tiri mereka ada skandal dengan Azman  (lakonan Mubarak Majid) pekerja kepada Dato Razali ( Jalaludin Hassan). Berlaku satu tragedi apabila bapa mereka nampak Mastura dan lelaki lain dalam rumah. Bapa mereka telah dibunuh oleh Azman , Manja takut dan lari membawa adiknya bersembunyi, Laila lari ke jalan raya manakala Manja bersembunyi dalam kereta sorang pakcik. Laila telah ditemui oleh orang kaya Dato Razali. Mereka akhirnya terpisah sejak kejadian tu.

Mastura dan Azman telah dihukum gantung, anak kepada Azman iaitu lakonan Zul Arifin bernama Imran berdendam dengan Dato Razali yang telah memberi maklumat kepada polis.

Apabila dewasa, Laila bekerja dengan Dato Razali dan adiknya Manja tinggal dengan Pak Mat, kini menceburi bidang perniagaan. Mereka akhirnya bertemu semula di dunia korporat dan berlaku konflik dalam perniagaan dan percintaan. Dapatkah Laila dan Manja bertemu semula. Jangan lupa tonton Laila Manja 20 episod di tv3.
Video promo Laila Manja

OST untuk Laila Manja- lagu Perpisahan Ini ( Aizat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Laila Manja Slot Lagenda di Tv3”

  1. lin azlina says:

    owh….tgk promo tu cambest…elie suriati tu mmg berlakon betul2 ar…

  2. lah da start cite baru. nampak sangat dni tak ikut perkembangan semasa cite kat tv.. asik menjait ja hehe

  3. mdmkillemall says:

    mmg menarik.. elly mmg superb. HIDUP sey lakonan mak tiri jahat dia.. kesian la si pelakon kecik2 ni kena belasah dgn si elly. sakit doh aku rasa.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold