Sinopsis Hingga Akhir Waktu

Nampaknya Kawin Masal dah nak tamat Khamis ni kalau tak silap Nuriz la, akan muncul le sinetron baru Hingga Akhir Waktu..tak le baru dah lama tahun 2008 dah ada , tapi diulang lagi tahun ni. Masa tayangan jam 6.30 di Astro Ria. Para pelakon dalam sinetron ni ialah Marshanda, Asmirandah dan Ayudia. Hero pulak Ali Syakieb, dan Billy Davidson.

UPDATE: Ketahui Kesudahan Hingga Akhir Waktu ( episod 29)

Sinopsis dalam BM,

Kisah mengenai Anggerik/Kania ( lakonan Marshanda) yang hilang semasa berumur 2 tahun akibat kelalaian ayanhya Eric, Anggerik hilang semasa bermain di taman permainan. Ibu Anggerik, Laras sangat tertekan akibat kehilangan anaknya, suatu hari Eric dan Laras hampir melanggar seorang kanak kanak kecil, Laras yang masih teringat Anggerik mengganggap budak tu anaknya yang hilang.
Anggerik yang hilang telah dijaga oleh seorang lelaki bernama Aji yg baik hati. Aji telah menamakan Anggerik dgn nama KANIA. Rantai Anggerik telah hilang dirompak dan rantai tu telah dipakaikan kepada anak perompak tu bernama Nilla. Anggerik masih lagi menyimpan cincin , satu satunya harta peninggalan dari keluarganya. Jadi bermulalah cerita tentang 3 gadis yang berlainan kisahnya.

Setelah bertahun2, Kania dan Aji berpindah ke Jakarta, Kania masih menyimpan impian untuk bertemu ibu bapa kandungnya. Sementara tu Anggerik ( lakonan Asmirandah) yang tinggal dengan keluarga kaya, hidup mewah dan mempunyai kekasih yg jugak seorang artis terkenal.

Eric akhirnya telah terjumpa kalung milik Anggerik yang hilang yang dipakai oleh Nilla, Nilla pada mulanya tak mahu mengaku yang dia anak Eric tapi akhirnya dipaksa oleh ibunya yang jahat untuk menipu Erik mengenai identiti dirinya. Anggerik ( Asmirandah) kini terganggu dgn kehadiran Nilla yang selalu menyakitkan hatinya dan membawa masalah.

Kania pula secara tak sengaja telah bertemu Anggerik ( Asmirandah) dan mejadi kawan baik, tanpa Kania mengetahui yang Anngerik telah dipelihara oleh ibu bapa Kania dulu. Hubungan mereka sangat baik hingga ibu Anggerik, Laras sangat suka pada Kania.  Laras ingin menjadikan Kania sebagai anak angkatnya namum hasrat dia tak tercapai kerana dia mengalami kemalangan hingga koma. Anggerik jugak mengalami masalah kerana dihalau dari keluarga dan hidup susah bersama Kania.
Dapatkah Anggerik /Kania berjumpa semula dengan keluarganya yg dulu terpisah?

Banyak konflik dalam cerita ni, agak pening sikit kisah cinta Kania dengan lelaki lelaki dalam sinetron ni, ada watak Galang , Guntur dan Aditya. Mana satu pilihan Kania. Jangan lupa saksikan  nanti di Astro Ria.
Ending Hingga Akhir Waktu, akan diupdate kelak :)

OST Hingga Akhir Waktu

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu

Tak `kan pernah ada yg lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain di sisi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu

Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau di sini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau di sini

Tak `kan pernah ada yg lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain di sisi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu

Hingga akhir waktu 2x

Tak `kan pernah ada yg lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain di sisi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu

Ads: Samsung GALAXY Tab 10.1 setebal pensel dan seringan cawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Sinopsis Hingga Akhir Waktu”

  1. siti yus aiza salwanis says:

    aku dari malaysia sangat suka drama2 macam ni,harap2 drama nibagus

  2. Asyraf says:

    bile nk update ending hingga akhir waktu ?

  3. oura says:

    mesti dengan lucky perdana. ~ eh. cm x nmpk lgi watak lelaki lain yang menonjol sangat..

  4. miss cutez says:

    biler nak update g episod nie??slalu tgk citer ni,p kje shift msti tetnggl..kalu leh update ar cpt ckit k..:-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold