Sinopsis Drama Wasiat

Wasiat, sebuah drama baru di Astro Prima akan mula ditayangkan pada 27hb Julai. Barisan pelakon dalam drama ni ialah Beto Kusyairy, Farid Kamil dan pelakon baru Sara Ali. Ada Beto le jadi hero..haha!! Beto dalam Wasiat ni dia bercinta dengan Sara Ali, pelakon yang pernah berlakonĀ  Nur Kasih the movie tu. Hebat jugak le lakonan Sara Ali ni, kalau nak tengok lagi lakonan dia kita sama sama tunggu dalam drama Wasiat nanti.

Biodata Sara Ali

Sara Ali dalam Wasiat

Sinopsis Wasiat

Kisah perebutan harta di kalangan ahli keluarga setelah kematian jutawan bernama Agus Raizal. Agus ada anak bernama Shaqir dan isteri muda yang baru dikahwini untuk kali kedua, bernama Marina. Marina pun menyangka akan mendapat harta peninggalan Agus setelah kematian suaminya tu. Tetapi Agus tidak memberikan harta semudah itu sahaja kepada pewarisnya, dia ada agenda dan perancagan yang tersembunyi yang mereka tak ketahui.

Agus meninggalkan wasiat yang memaksa Shaq dan Marina tinggal sebumbung dan bekerjasama dalam menjayakan perniagaan sebelum mereka layak menerima harta peninggalannya. Shaq dan Marina yang begitu inginkan harta Agus memaksa diri mereka untuk tinggal bersama sbg keluarga, di samping tu mereka berdua saling cuba untuk menjatuhkan satu sama lain.

Dalam pada tu, Sofiyan anak cik Ros ialah lelaki yang sangat dikasihi oleh Agus. Sofiyan mempunyai ciri ciri lelaki berkarisma yang sangat diperlukan oleh Agus.Shaq tidakĀ  faham kenapa bapanya sangat menyayangi Sofiyan.

Shaq anak Agus mula mencemburui Sofiyan dan semakin membenci Sofiyan kerana kekasihnya Hanna ( Sara Ali) mulai jatuh cinta dengan Sofiyan. Shark dan Spfiyan asyik bergaduh kerana Sharq inginkan harta dan cinta Hanna. Sofiyan pulak lebih mementingkan kaish sayang dalam keluarga itu.

Rupan rupanya ada rahsia yang masih mereka tidak ketahui lagi. Suspen betul, tak sabar nak tengok lakonan hebat Beto, Sara Ali dan Farid Kamil ni.

Para pelakon dalam Wasiat

Beto Kusyairy sbg Sofiyan, Sara Ali sbg Johanna /Hanna, Farid Kamil sbg Shaqir, Yasmin Hani sbg Marina

OST dalam Wasiat lagu Niskala nyanyian Azri AF 9 ( suara dia nak iras iras Faizal Tahir le)

Lirik Niskala

Sesekali ku masih terasa
Bersemuka bayangannya
Perlukah diriku, perlukan dirimu
Walau cuma seketika

Kita pernah ditakdir bersama
Bagai tanpa penghujungnya
Apakah masih terasa
Saatku lukakan jiwa

Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu

Indah sekilas pandangan mata
Hanya dijadikan sisa
Apakah masih terasa
Saat ku lukakan jiwa

Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu

Tak sanggup diriku,
Menahan sesalku
Hanya masih ada, ruang untuk bersatu
Lenyapkan bagi kegelapan
Andai semuanya, tersedar tuk selama-lamanya

Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu

Oooo.. Bagimu

Yasmin Hani sebagai Marina Malik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold