Proton Saga FLX dengan CVT dan ABS

Proton SAGA telah melancarkan generasi baru yang diberi nama Saga Flx (yg diupgrade dari Saga Fl) semalam 25 Julai 2011. Saga Flx kali ni dilengkapi dengan  Anti- lock Braking system (ABS), pengagihan tenaga Break elektronik (EBD) dan beg udara berkembar( bagi penumpang dan pemandu). Apa yang istimewa tentang Saga Flx ni, sudah semestinya lebih baik dari Saga Fl, kini tampil dengan sentuhan teknologi baru dan terkini iaitu CVT. Apa CVT ni, ye ia singkatan bagi Continuously variable transmission, memberi pemanduan yang lebih lancar dan cekap serta menjimatkan.

Mengikut wikipedia, CVT ialah adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih.

Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Kebaikan CVT

  • CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  • CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
  • Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana transmisi automatik konvensional, kecuali pada kereta.

Artikel lain :Saga FL yang terdahulu

 

Gambar Proton Saga FLX baru

Saga FLX baru

Jimat minyak

Saga Flx dilengkapi enjin 1.3 lietr CamPro IAFM 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum yg dipertingkatkan berbanding Saga Fl yang terdahulu. Tahap penjimatan minyak pulak dianggarkan sebanyak 4 % untuk pemanduan biasa (di bandar2) dan 10 % untuk pemanduan di lebuh raya. Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive. Perbezaan Saga Fl dgn Flx ialah tahap penggunaan petrol Saga Flx bagi 100km lebih cekap dgn manual 5 kelajuan berbanding 6.0 liter Saga Fl sebelumnya, dan 6 liter penggunaan kotak gear CVT 6 kelajuan automatik lebih cekap berbanding 6.3 liter Saga Fl (dgn auto 4AT.)

Pendek kata, Saga FLX memberikan anda pemanduan yang licin. Gear tansition  “stepless” memperbaiki pemanduan dan responsif kereta, peralihan yang lancar kereta antara gear membantu kereta melaksanakan dengan lebih cekap, menjimatkan bahan api.

ABS, CVT dan EBD

Untuk Saga Flx Executive, ia dilengkapi ABS, CVT dan EDB dan jugak beg udara keselamatan berkembar bagi penumpang di hadapan dan pemandu. Tapi bagi Saga flx STANDARD ketiga tiga ciri keselamtan tu tidak dilengkapi, harap maklum. Secara amnya ciri ciri standard Saga Flx tidak jauh beza dengan Saga Fl terdahulu.

Interior: warna trim lebih gelap berbanding yang lama dan sedikit perubahan pada meter console.

Warna Saga Flx

Saga Flx boleh didapati dengan warna Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain ialah  Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock.

Harga Saga Flx 1.3 masih berpatutan dan kekal rendah walaupun diperkenalkan dgn CVT, anda hanya tambah RM600 dan 1,700. HArga bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Bagi versi  manual Standard ianya berharga RM38,598.00, manakala versi  manual Executive berharga RM42,398.00.

Tempahan untuk model Saga Flx boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaram Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Saga Flx , gallery dan spesifikasi, warna dan info lebih lanjut di http://www.epicsaga.com.my/.

Pelancaran SAGA FLX SE 1.6L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Proton Saga FLX dengan CVT dan ABS”

  1. APAN says:

    kalau dari luaran, x nmpak beza pun ngan saga FL tu…
    rasanya still x boleh lawan jualan myvi lagi kot.huhu…
    APAN recently posted..Temuduga Terbuka (Jawatan Luar Pesisir)

  2. Mama Hanim says:

    harga yg menarik gak tu.

  3. akubiomed says:

    Heran juga kenapa CVT tidak dilengkapi semua model yang mengunakan enjin Campro?

  4. Along says:

    Mungkin ramai yg tak tahu jualan bulanan proton saga dah potong jualan myvi sejak dari bulan jun lagi..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold