Photoshop Edit Gambar: Buat Photo Cluster

Salam semua, kali ni Nuriz nak buat tutorial photoshop nak edit gambar dengan efek cluster pada gambar, hasilnya nanti gambar akan jadi terpotong potong. Teknik ni disebut cluster. Nuriz guna cs 3, tapi cs4 atau cs5 pun lebih kurang le boleh jugak, semua ni asas photoshop je. Ok camne nak buat efek gambar terpotong potong ni, jom kita belajar buat :)


Cara cara nak buat photo cluster

1. Buat new Layer dengan ukuran contoh saya pilih , Height 1000, Width 1000 dan resolution 72 , background warna putih.

2. Edit > Preferences> Guide, grid Slices. Pilih Grid line every 2.5 %

guide, grid slices

3. Guna Grid sebagai panduan, show grid  : View> Show > Grid. Grid ni tak akan lekat pada gambar, ianya sebagai panduan saja, kalau tak nak guna off kan balik, buat mcm tadi View> show > tekan grid sekali lagi.

show grid

4. Buat layer baru / new layer . Masukkan warna hitam sebagai warna background. Warna default pada layer : tekan D X sampai dapat warna hitam sebagai warna latar.  Ctrl + Delete untuk masukkan warna hitam pada layer tu.

5. Guna Rectangular marquee tool pilih kawasan nak dijadikan cluster tu, pilih dalam jarak 2 kotak dan tarik memanjang/melintang. Ini kena guna kreativiti nak buat bentuk cluster tu macam mana. Ikut suka ye nak buat  bentukkan cluster anda.

Nak sambungkan antara cluster atau kawasan yang dipilih agar tak putus, tekan jangan lepas / hold  + Shift (keyboard) dan tarik mouse tu.

Kalau salah takpa, step back atau undo balik.

buat cluster

6. Bila dah siap pilih kawasan cluster, off balik grid tu kalau tak nak guna. Dan Ctrl + D untuk deselect selepas pilih cluster.

Tekan Delete untuk padam kawasan yang kita tanda tadi tu .

7. Masukkan Shadow pada cluster. Kat layer tekan fx lepas tu buat le shadow tebal mana nak. contoh :

Blend mode Multiply, Opacity 60, Angle 120 Spread 12 dan size 12.

8. Buka gambar yang nak diclusterkan tu. CTRL + A untuk copy all dan Ctrl +C utk copy dan Ctrl + V utk paste. Automatik gambar tu akan muncul dengan layer baru atas cluster yg kita buat tu.

Guna Ctrl +T untuk resize dan adjust gambar tu kalau gambar besar sangat.

Ctrl +D untuk deselect selepas pilih gambar atau selepas adjust gambar.

Video untuk step 8 dan 9

9. Buat clipping mask

Layer> clipping Mask dan selesai.

clipping mask

Resize imej gambar dengan Ctrl +T  atau fit to screen Ctrl + 0

Hasilnya

p/s :cluster yang saya buat ni kat bahagian atas tu tak terpotong habis, jadi tengok tak berapa elok, kalau korang nak bagi putus habis pastikan masa select cluster tu select bagi habis sampai tepi le kalau nak nampak mcm terputus.

Artikel pilihan : 5 PERISIAN COOL yang perlu ada untuk edit gambar

Belajar EDIT GAMBAR dengan cepat dan mudah dengan PHOTOSHOP

Tutorial Photoshop : hilangkan kedut dan jerawat dengan healing brush

Buat gambar jadi kepingan kepingan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Photoshop Edit Gambar: Buat Photo Cluster”

  1. Kalamhati says:

    tq2!!dapat satu ilmu..=)

  2. yas says:

    Nuriz mmg minat tul bab2 edit photo ni yekk…
    den pun minat gak, tp maleh yang banyaknyaa…hehehe

  3. nuriz says:

    sy memang suka edit2 ni tapi kdg2 malas jugak nak buat tutorial ni

  4. akubiomed says:

    Cantik pula bunga ros apabila dibuat Cluster. Belum pernah cuba teknik ini sebelum ini

  5. waniwisy says:

    xdpt la step no8 tu..kena buat layer baru ke.pastu gi kat file>open?

    • nurizspace says:

      tak payah buat layer baru, open gambar yang nak di cluster tu ctrl + A utk pilih semua, ctrl +c utk copy dan ctrl +V utk paste/tampal . Akan jadi layer baru automatik.

  6. nurizspace says:

    tak payah buat layer baru. Buka je gambar yang nak tu, ctrl A dan copy paste nanti automatik dia jadi layer baru.

  7. BroZooL says:

    Rajin Nuriz buat tutorial photoshop ni ek? bagus nuriz,teruskan dengan usahamu..satu lagi tips yang baik dari nuriz..
    BroZooL recently posted..Lajukan Blog Anda 200% !

  8. clipping mask tu point penting, oh masking memang best :)

  9. Mus says:

    menarik sangat untuk dicuba ni
    Mus recently posted..Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold