Perbicaraan Kes Bunuh Sosilawati : Majistret Silap Kenakan Hukuman 7 tahun

Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas dua pekerja ladang, K.Sarawanan dan U.Suresh kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Okt tahun lepas.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukuman penjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliau mendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayah yang disifatkannya sebagai “amat serius”.

Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa.

Sarawanan mengaku membakar mayat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Suresh mencampakkan abu mayat mangsa ke Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, pada 31 Ogos tahun lepas.

Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yang bererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiap tuduhan, tetapi memerintahkan hukuman berjalan secara berturut-turut.

Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka memanggil Sarawanan dan Suresh untuk memberi keterangan.

Artikel lain : Cek bernilai RM 1 Juta diberi kepada Sosilawati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold