Pelakon Sara Ali yang cute dan semakin menyerlah

Sebut Sara Ali masih ramai tak kenal pelakon genit dan cute ni. Kalau yang dah pernah tengok filem Nur kasih, atau Penunggu Istana mungkin akan ingat siapa Sara Ali ni. Dia ni pelakon baru, tapi banyak dah berlakon dalam filem dan drama. Tengok gaya dia memang teringat kat Sharifah Amani, kecik dan cute. Orang kata kecik kecik cili padi. Lakonan dia memang selamba, bersahaja dan macam orang yang dah lama berlakon. Tengok je gaya dia dalam filem Nur Kasih, watak dia menjadi remaja liar.Nuriz dah tengok dua dari 5 buah filem lakonan dia, memang best gaya lakonan Sara Ali yang bermata galak ni. Besar mata dia.

Lakonan Sara Ali dalam drama  Wasiat tak lama lagi

Ini snap shot filem lakonan Sara Ali dalam Penunggu Istana, dia menjadi pelajar yang pergi membuat kajian kat sebuah istana lama bersama  Uncle Seekers. Kalau nak tengok lakonan selamba Sara Ali, kena tgk dlm filem Penunggu Istana.

Lima buah filem yang telah dilakonkan oleh Sara Ali dalam tahun ni

Sesuatu yang tertinggal, Penunggu Istana, Klip X 3gp, Nur Kasih the movie dan Songlap. Sara Ali jugak berlakon drama Wasiat bersama Beto Kusyairy dan Farid Kamil di Astro.

Sinopsis Wasiat (Sara sebagai Johanna)

Sara Ali

Sara Ali seorang yang agak kasar, dia terpaksa berlatih dan melihat rakannya berjalan dan bercakap dengan gaya lemah lembut kerana ingin menjiwai watak perempuan sejati dalam dram Wasiat.

Apa lagi mengenai Sara Ali

Sara tak suka pakai make up dan dia hanya menggunakan krim pelindung cahaya matahari, Sara seorang yang tahan lasak, tak suka makan waktu pagi. Mengapa Sara Ali kecil molek? dia seorang yang aktif dan kalau makan banyak mana pun dia tak akan cepat membesar :). Tip kecantikan oleh Sara Ali, dia amalkan tidur yang cukup, minum air banyak dan kerap memakai krim pelindung matahari dan pakai produk yang sesuai. Dia tak suka berbelanja besar untuk produk kecantikan keran suka wajahnya nampak sentiasa natural.

Sara Ali iras Sharifah Amani? Sara mengakui ramai mengatakan dia sama seperti Amani.  Sara Ali tak pernah jumpa secara bersemuka atau berlakon dgn Sharifah Amani lagi.

Biodata Sara Ali

Nama : Siti Sarah Hairi Ali (Sara Ali)

Asal: Johor

Umur : 21 tahun

Tarikh lahir 11 Okt 1990

Horoskop: Libra

Kerjaya : Pelajar jurusan seni bina Lim Kok Weng

Muzik kegemaran : Muzik radiohead, soundtrack asli.

Kumpulan muzik kegemaran : Butterfingers

Filem kegemaran : Gila gila remaja dan Bukit Kepong

Filem : Sesuatu Yang Tertinggal(GB), Penunggu Istana(KL Motion), Klip X-3GP(GB), Nur Kasih(Filmscape), Songlap(RedComm) [2010]

Sara Ali lakonkan aksi kena tampar oleh Yasmin Hani

Sara Ali meggigil dan kaku semasa babak dia ditampar oleh Yasmin Hani dalam Wasiat. Kata Sara Ali, dia tidak pernah berlakon dan melontarkan kata kata kesat kepada orang, tetapi dia perlu buat begitu dlm drama Wasiat.

Sara Ali dengan gaya agak feminin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Pelakon Sara Ali yang cute dan semakin menyerlah”

  1. Eddy Dce says:

    owh…pelakon penunggu istana nih….haha…

  2. Jai says:

    Alahai, mudanya…

  3. akubiomed says:

    Pelakon baru tumbuh bak cendawan. Harap dapat menjadi pelapis kepada pelakon senior

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold