Kontroversi Bogel Menuju Tuhan & Komen dari Hanis Zalikha

Siapa tak kenal pelakon Juvana Zahiril Adzim yang popular ni, sekarang dia tengah popular dengan buku antologi puisinya bertajuk Bogel Menuju Tuhan. Buku ni jugak  boleh diistilah sebagai  Blook iaitu hasil dari catatan di blog  dan dijadikan buku jadi disebut Blook le. Zahiril sudah banyak menulis di blog  dan puisi kalau tak silap,  dia dah tulis sejak dari tahun 2008. Jadi siapa yang pernah pi ke blog dia tu tau le apa tulisan dan baca  puisi hasil karya Zahiril.

Tajuk buku ni agak kontroversi dan bagi yang tak membaca lagi memang membuat andaian yang kurang enak, maklumla tajuk pun tuttt..ahaha!! . Bak kata Zahiril jangan le pandang serong sebelum membaca dulu buku dia dan buku dia takdak gambar lucah atau orang berbogel. Zahiril dianggap tidak peka dgn budaya timur dengan meletakkan tajuk buku mcm tu, dia jugak dikatakan tak paham ilmu agama tapi berlagak pandai. Tunang dia Shera Ayob pun sekali pun kena tempiasnya.

Korang leh baca komen2 dari beberapa selebriti termasuk Hanis Zalikha pasal buku ni kat bawah tu.

Buku Bogel Menuju Tuhan dijual dengan harga RM 30 dan ada muka surat 108. Best sangat ke Bogel Menuju Tuhan ni? ramai peminat dan pembaca buku Zahiril ni buat review dan ramai jugak yang memuji hasil karya dia.

Antara yang paling orang suka baca dalam buku ni ialah sudah pasti le puisi Bogel Menuju Tuhan, dan beberapa lagi puisi yang kerap disebut oleh peminat dan pembaca. Contohnya puisi Abang Sejang Beruniform Bersenjata, Dari J Hills Ke Selatan, Jangan Jagi Pelakon Pemalas, Tulisan Itu Bogel, Kita Peniru Profesional, Nekad Muktamad.

Zahiril kata kat media, dia tulis di blog dia pasal hari hari dia dan pasal kisah kisah cinta yang dulu sebab dia banyak kali dah putus cinta,  suka duka dia, blog jugak tempat dia mencurahkan perasaan jadi salah satu dari luahan rasa dia adalah “Bogel Menuju Tuhan”.

Sekarang buku tu dijual secara online dan sudah ada cetakan kedua. Sebelum ni dah habis jual macam pisang goreng panas..fuyooo!! laku beb..ramai peminat dia beli dah buku dia ni. Tajuk pun dah menarik kan sapa tak mau beli hehe..

Ini kandungan Bogel Menuju Tuhan hasil karya Zahiril:

Ni sebahagian dari puisi tu ada banyak lagi baris

Dalam buku ni jugak ada memuatkan kata-kata aluan daripada blogger terhangat seperti Hanis Zalikha dan Sultan Muzaffar

Antara komen dari Hanis Zalikha

“Memang. Menulis tentang Zahiril Adzim adalah seperti membikin lagi satu karya altogether. Dia penulis yang paling pandai menggunakan perumpaan paling santai untuk sesuatu yang paling kritikal. Dia takkan spoon-feed you free-free aja. Paling-paling pun, dia cuma akan provide kepingan jigsaw untuk kita cantum, dan bahan-bahan binaan untuk kita construct imaginasi revolving his piece. Perlahan-lahan kita akan lihat relevannya setiap gambaran, satu-persatu mesej mula terungkai.”

Ni antara komen dari beberapa selebriti tentang buku Zahiril yang kontroversi ni

Komen dari Imam Muda Aran:

Secara peribadi, tajuk sebegitu kurang sesuai digunakan. Bunyinya pun agak kasar didengari dan kurang sesuai dengan adab kita sebagai orang Melayu. Sebagai contoh, kalau kita berjumpa dengan orang kenamaan atau VIP, kita mestilah menjaga tata tertib dan tingkah laku kita apabila bercakap dengan orang itu. Ini pula bahasa kita terhadap Tuhan.

Bagi saya, mungkin niat Zahiril adalah untuk menarik perhatian orang. Saya pun berpendapat Zahiril juga seorang yang bijak memilih tajuk dan sejujurnya kalau tajuk sebegini digunakan untuk forum sudah pasti ramai yang datang menghadiri forum tersebut. Mungkin ini semua dilakukan untuk melariskan bukunya. Kesimpulannya, pemilihan tajuk ini ada pro dan kontranya.

Komen dari Imam Muda Fakhrul

Jika kita melihat dari segi adat orang Melayu, bila apa saja perkara yang ada menyebut perkataan bogel pastinya ia adalah satu perkara yang negatif. Itu sekiranya jikalau kita melihat pada tajuk saja. Bagi saya, kalau boleh tukar tajuk tersebut, diharapkan agar Zahiril dapat menukarnya. Mungkin juga, Zahiril boleh menukarkan tajuk dari Bogel Menuju Tuhan kepada Tidak Berpakaian Menuju Tuhan. Saya pun merasakan tajuk yang sekarang ini pun kurang manis didengar dan dibaca.

Apa sekalipun, kepada masyarakat janganlah sesekali terus mencemuh Zahiril. Kita kena periksa dulu apakah maksud yang ingin disampaikan olehnya. Jangan terus mempersalahkan orang lain tanpa siasat. Untuk Zahiril pula perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak mengundang kekecohan seperti ini walaupun saya tahu niat Zahiril adalah baik.

Komen dari penyanyi Hafiz Hamidun:

Saya telah membaca buku ini dan saya juga adalah seorang pengikut blog Zahiril. Bagi saya, perkara ini sepatutnya tidak patut dijadikan isu. Berkemungkinan besar, bagi kebanyakan orang yang tidak membaca dan mengikuti blognya, mesti mereka akan salah faham.

Sejujurnya, apa yang dapat saya luahkan adalah segala apa yang terkandung sama ada dalam blog atau bukunya itu adalah diri Zahiril sendiri. Tidak salah rasanya untuk Zahiril menggunakan perkataan itu sebagai judul buku.

Berbogel yang dimaksudkan Zahiril bukannya dari segi pakaian. Ia adalah sikap rendah diri Zahiril apabila mengadap Tuhan. Mungkin itu juga tafsiran Zahiril antara dia dan Tuhan iaitu bersikap jujur, ikhlas dan tidak sembunyi.

Sebagai orang yang sudah membacanya, saya rasa ia tiada masalah. Walaupun manusia meninggal akan dikapankan tapi apa yang kita ada di dunia ini tidak boleh dibawa ke akhirat kecuali amalan.

Sekali lagi, perkara ini tiada isu dan saya berharap semuanya agar membaca dulu sebelum memberikan sebarang komen. Sungguhpun Zahiril seorang pelakon tetapi dia tidak suka merepek dan berkhayal. Dia mempunyai matlamat dan pandangan tersendiri. Mungkin ini bahasa bunga yang Zahiril gunakan.

Komen dari Pyan Saujana:

Untuk memilih tajuk untuk sesebuah filem pun, LPF (Lembaga Penapisan Filem) akan memainkan peranan untuk menilai sama ada tajuk itu sesuai atau pun tidak. Macam sebelum ni pun filem …Dalam Botol yang mana tajuk asalnya adalah Anu Dalam Botol. Sama juga dengan penerbitan sebuah buku. Mesti ada badan yang menjaganya supaya ia tidak mengundang isu-isu negatif sebegini.

Bagaimanapun, dalam dunia realiti, apa yang digambarkan Zahiril itu memang benar dan betul. Pun begitu, tidak semua boleh mendalami maksud bogel yang cuba disampaikan Zahiril menerusi buku ini.

Sejujurnya, saya tak boleh nak komen lebih kerana saya tidak mengetahui isi kandungan buku tersebut. Mungkin, saya boleh memberikan penjelasan yang panjang sekiranya saya sudah membaca buku itu.

Seelok-eloknya, Zahiril bolehlah tukar tajuk itu dengan tajuk yang lebih senang diterima masyarakat. Tajuk ini memang sensasi tetapi mengundang kontroversi. Apa sekalipun, saya bukannya untuk membangkang seratus-peratus apa yang dibuat Zahiril. Ini semua terpulang kepada penulis itu sendiri. Sekali lagi, ia tertaluk kepada badan penapisan buku pula supaya niat suci penulis tidak disalah anggap.

sumber komen2  dan cerita  dari  : murai.com.my

Buku terbitan : Merpati Jingga Sdn. Bhd

Harga RM 30

Boleh beli online di  http://tokobuku.fotopages.com/?entry=2236764

Tajuk Buku : Bogel Menuju Tuhan
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim
Blurbs : Ana Raffali

DRAMA BARU ZAHIRIL, KHURAFAT  THE SERIES bersama Nora Danish

Juvana drama popular lakonan Zahiril + Heroin Eyka Farhana

Botak dalam Juvana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Kontroversi Bogel Menuju Tuhan & Komen dari Hanis Zalikha”

  1. cik aish says:

    pergh tajukkkkk dasyat…

  2. Zida says:

    wah, macam best. kalau nak baca ni kena tunggu balik malaysia dulu la nii~

  3. Luz says:

    ksr mmg ksr tp klw la tajuk tu ‘Mghadap Tuhan’, sgelintir je yg beli.so kasi tajuk cmni msti rmai beminat na bace. :)

  4. EARNic says:

    apa yg kontroversinya ya?

  5. wadud says:

    yap pandangan yang sangat2 bernas.. :)
    setuju dengan drang sumer..
    rasanyer memang takde masalah kalau nak buat buku sendirik dah tu hak untuk kita letak ape tajuk buku tuh..
    macam tuh.. terkejut jugak.. maybe ilmu dia tinggi, guna perumpamaan2..
    ape2 pown..
    dia seorang penulis yang hebat.. :)

  6. Arman says:

    Teruskan usaha

  7. yas says:

    Saje nak cari publisiti la tu…hehehe
    yas recently posted..Sambungan entri nasi Arab

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold